Tuesday, June 7, 2011

1st Honeymoon - Singgah dulu

Memang dah dalam perancangan sebelum balik nak singgah makan satar dengan otak2 dulu, terus je tuju kereta ke destinasi yang tak berapa jauh dari rumah. dekat area rumah sampai ke jeti tu memang penuh dengan gerai2 yang jual satar otak2 bagai ni. bab kepok pulak memang tak payah nak pening kepala, tuju je mana satu berkenan di hati. aku macam biasa pasti akan singgah dekat Warung Awie, my fav kedai dan jugak kedai yang famous dekat area ni.

Waktu sampai tu adoiiiiiiii punyalah ramai orang. yang berdiri2 tu semua tengah Q tunggu meja kosong. tapi dah anak tekak teringin sangat nak makan, so bergigih2 jugak Q sama2. ingat lagi masa aku zaman sekolah dolu2, takdanya keadaan gini. dulu berniaga open table je dekat tepi jalan. sekarang dah maju betul, dah boleh buat kedai macam ni. bagus tokey nya rajin bekerja cari duit.

Yang ni pulak Q untuk tapau tapi memang tunggu lamalah sangatttttttt sebab utamakan orang yang nak makan dulu. waktu ni pun otak2 dah nak abis, yang tinggal cuma satar je lagi. tapi tu kalau lewat sejam, memang dah tinggal mencucuk je.

Kedai macam warung kopi dekat kampung2 je tapi penangan makanan memang sedap. tengoklah keadaan dalam kedai pulak masa kami dah dapat meja selepas hampir sejam beratur. yang geramnya orang yang dah abis makan tu cepat2lah bangun. tak nampak ke ramai yang Q dekat luar tu menunggu meja kosong, prihatinlah sikit. aku dapat tempat duduk dahulu lepas tu adalah makcik ni nak tumpang duduk sementara nak dapat meja lain sebab datang ramai2 dengan anak2 katanya.

keropok lekor

satar

mee kari

Ishhhh mee karinya memang terbaekkkkkk wa cakap lu, sampai aku nak order lagi semangkuk tapi maluuuuuuuuu. selain dari list menu dekat atas tu, kedai ni jugak ada jual pais ikan. boleh makan begitu sahaja atau pun bersama nasi putih. ABC special cendol pun ada jugak di kala panas terik ni memang laku saja.

1 comment: