Wednesday, June 15, 2011

2nd HoneyMoon - Hai Peng Kopitiam

Selepas berendam bathtub di rumah sendiri, haruslah lepas tu terasa lapar sangat. siap2 kita pegi breakfast dulu. kalau balik kampung wajiblah datang Hai Peng Kopitiam ni untuk sarapan pagi yang meletup sedapnya. senang je nak cari kopitiam ni di tengah bandar kemaman dengan bangunan era tahun 70-an gitu. bawah ni alamatnya kalau korang nak mencuba makan dekat situ;

HAI PENG KOPITIAM
3753 JALAN SULAIMANI, KEMAMAN

TEL : 09-8597810
H/P : 019-9150923
WEBSITE : www.kopi.com

Kalau tak jumpa jugak, pusing2 je bandar kemaman tu, bila jumpa tempat parking awam terbuka bermakna dah berada dekat depan kopitiamlah jawabnya.

nasi dagang

nasi lemak

milo ais

Kopitiam ini adalah kepunyaan keluarga berbangsa Cina, tapi jangan ragu2 dengan makanan yang disediakan sebab semua pekerja dan tukang masaknya adalah melayu dan anak jati kemaman sendiri. semua makanan seperti nasi dan mee/bihun semuanya telah dibungkus siap dan diletakkan di sebuah meja bagi memudahkan customer datang dan ambik sendiri apa yang mereka mahu. cuma menu roti bakar tu kena order dengan minuman.

Waktu operasi adalah 645am to 6pm, jangan pegi cari belah malam pulak.

bihun goreng

Girang hatinya dapat minum kopi yang enak lazat lemak berkrim di pagi hari. sambil dalam hati mesti cakap, kenapalah bini aku tak pandai minum kopi sedap macam ni.

kopi hai peng

nasi lemak lagi

Kelaparan melanda, nilah jadinya. selera naga ~~~

4 comments:

Mimy Hamid said...

kitaorang datang malam memang tutup la kan...hr tu konon nak jenguk Haipeng malam le...

Ann Ishak said...

operation hour sampai 6pm sahaja. malam memang confirm tutup

Anis Azalea said...

kedai kopi old style la ni..oo tak pernah singgah kemaman..selalu pass by je

Ann Ishak said...

memang old style sangat sampai owner pun dah kerepot