Wednesday, June 15, 2011

2nd HoneyMoon - Kopi untuk pencinta

Datang sini memang tak sah kalau tak beli kopi. suami saya adalah pencinta kopi walaupun bininya memang tak minum kopi. tapi sebab suaminya pencinta kopi, terpaksalah bininya belajar buat air kopi. okay kalau aku buat kopi, aku tak panah nak rasa pun kopi tu cukup manis ke tidak. aku memang tak suka kopi ni, jadi Faizal just bagi tau nak taruk berapa sudu gula @ susu ikut sukatan yang dia suka dan ikut size cawan yang dia biasa guna. tu yang kalau balik kampung, takde cawan yang sama size dengan yang biasa aku buat tu, mulalah mengelabah cari tukang rasa.

Biasanya aku ambik stock kopi hai peng dari my bro or my SIL sebab diorang kerab balik Kemaman. tapi kali ni dah terlanjur datang, aku beli sendiri punya dan beli untuk my sista yang pencinta juga.

Terdapat dalam bentuk serbuk, 3 in 1 pun ada. aku beli yang serbuk saja. sekotak yang aku pegang tu ada sekilo ye. mau makan tahun jugak nak abiskan dengan capacity seorang saja yang minum.

Bukan takat kopi je aku beli, sampaikan penapis kopi pun haruk sekali gus. barulah ada feel minum kopi hai peng kawwwwwwwww. mula tu aku nak ambik sekali set cawannya, dah kena jenggil mata. "dah takde cawan lagi ke dekat umah kita tu"....baekkkkkk taruk balik.

3 comments:

Mimy Hamid said...

kopi di apeh terbaek..sebab pernah kirim org beli..teringat ingat la

Eri-chan said...

kopi sedap lor...gua suke....

Ann Ishak said...

memang sedap bak kata Faizal, aku...korang taulah kan