Monday, June 20, 2011

2nd HoneyMoon - Tetamu tak di undang

Sambung balik selepas agak lama terhenti kisah 2nd honeymoon.

Balik dari breakfast, macam biasa nak masuk kereta dalam garaj untuk bagi kereta teduh dari terik dekat luar tu. sebab yang drive bukan aku, jadi akulah tukang bukak pintunya. tetiba ada benda jatuh dari atas betul2 depan mata. terus jerit2 panggil Faizal, muka dah nak nangis sebab terbayang kalau benda tu jatuh atas kepala aku macam mana pulak ye.

Faizal : Kenapa you ni?!!!
Ann : Ada anak ular...
Faizal : Dekat mana...?!!!
Ann : Jatuh masa i nak bukak pintu

Dengan harapan mamat ni bolehlah tolong buangkan anak ular tu. aku pulak pergilah cari kayu dekat belakang rumah. alahaiiiiiiiiiiii tau apa yang dibuatnya, mamat ni bantai tengok je anak ular tu masuk dalam rumah.

Ann : Napar you biarkan ular tu masuk dalam rumah...?!!
Faizal : Abis tu i nak buat apa...

Tak boleh jadi macam ni, kenalah aku panggil jiran yang kebetulan ada dekat rumah masa tu untuk mintak pertolongan. nasib anak ular tu menyorok belakang pintu je, buatnya masuk dalam rumah dah jadi satu hal mencari pulak.

Akhirnya ular tu selamat innalillah diketuk dengan kayu oleh abang2 ni. buang jauh2 dari rumah. terima kasih atas bantuan ye. lepas tu masuk rumah masih takut2 lagi, siap check sekeliling nak make sure takda lagi ahli keluarga yang terlepas masuk rumah pulak.

7 comments:

Mimy Hamid said...

uikss ular...ngeri...apa pun tak boleh

SYANI said...

gelinya.. takleh imejin kalau jatuh betui2 atas kepala.. geli!

Ann Ishak said...

mimy - eiiiii semput

Ann Ishak said...

syani - terdengar2 lagi bunyi ular tu jatuh ke lantai...kedepekkkk

Anis Azalea said...

wesh bujal rilek je tgk...adoyaii

Ann Ishak said...

ye...memang rilek sambil nyorok belakang mak, noks. sentap jiwa tau

QasehnyaRania said...

ular ???hehehe takotnya..