Saturday, June 18, 2011

Badan tak berapa nak sedap

Tengah malam tadi rasa lapo pulak, ajak Faizal pegi jalan2 cari makan di dinihari. takdenya nak pegi cafe sebab cafe pun dah tutup. nak lepak mamak, emmm kita jalan2 dulu cari tempat lain kalau ada. akhirnya teringat nak makan sup torpedo lah. jom kita pegi Jalan Doraisamy makan sup power kawwww punya. gerai je okay, bukanlah kedai makan atau cafe yang berhawa dingin, hanyalah gerai di tepi kaki lima jalan sahaja. tapi yang bestnya gerai ni berada di tengah2 bandar KL dekat dengan Sheraton Hotel dan bersebelahan Kg Baru je. gerai ni memang fofular khususnya pada pengunjung disco2 berhampiran sebab dekat sini memang banyak disco selain bukit bintang sana tu. gerai ni di buka dari petang hingga subuh kot sebab aku penah datang 3am masih bukak macam biasa je. selain sup, ada nasi lemak yang sedap, rojak, mee rebus pun banyak lagi menu mee yang ada.

sup torpedo yang meletup sedap tuh, cecah roti paun...kenal tak roti paun macam mana rupanya. aku kecik2 dulu suka makan roti paun taruk planta dengan kaya....perhhhhhhh terbaik dari kilang rasanya. isi perut untuk sup tu boleh pilih samada nak ayam, daging, limpa, lidah dan segala maknek lagi ada

mamat ni mulanya rasa badan tak perasa nak sedap, bila dah pekena sup power ni terus je berpeluh2 jantan keluar. tak jadi demam gamaknya lepas tu

4 comments:

Anis Azalea said...

loh, demam dia dah transfer kat ngko pulak

Ann Ishak said...

tulah pasal huhuhuhu

Mimy Hamid said...

ramai org ckp sup kat jlan ni..belah mana

Ann Ishak said...

dekat belakang sheraton hotel. sup torpedo memang kaw kawwwwwwww punye