Wednesday, June 22, 2011

Dinner @ Me'nate Steak House

Lepas habis shopping, tak tunggu lama dah...terus je pegi dinner dulu sebelum balik. kang dekat rumah boleh mandi terus tido je, tak dannya nak memasak bagai. teringin nak mencuba steak dekat2 dengan rumah je. selalu lalu tapi tak singgah pun. la ni tak kira nak cuba jugak.

Dekat sini ada jenis2 daging yang memang berkualiti untuk steak yang sedap, mereka tak menggunakan daging2 biasa gamaknya. ada 4 jenis daging kesemuanya which is Wagyu, Angus, lamb and grain fed. daging2 ni semuanya datang dari hasil ternakkan yang diusahakan sendiri oleh pengasas steak house. kalau datang nak makan steak dekat sini, haruslah mencari sendiri jenis2 daging yang berkenan untuk di kunyah masuk ke mulut lalu ke perut. harga bergantung pada berat daging tersebut/100 gram.

Biasanya kalau makanan dekat any steamboat, kalau tak abis diorang akan charge ikut berat makanan kan tapi dekat steak house ni...air boleh di refill semua tapi dengan syarat hendaklah air habis dari cawan sebelum refill. minumlah sampai kembung pun tapi mesti abiskan, tak kalu kena bayar RM4.90 (betul, tak tipu tau).

Salad

Untuk daging jenis wagyu yang aku order tu adalah antara daging yang mahal dan dari quality yang baik. silap pertimbangan mau sekeping daging wagyu boleh mencecah ratusan ringgit.

Selain dari steak, ada jugak menu lain yang boleh diorder tapi peliklah kalau ada yang tak suka makan steak kan....salah satu nikmat tekak jugak tuh.

Olio Beef Spaghetti

Susun atur cafe ni pun simple and clean environment jugak. tak bising dengan bunyi music bingit segala.

Wagyu Steak - well done punya sebab aku kureng sikit mediam well ni

Memang sedap olio beef spaghetti, datang dengan portion yang besar. boleh share untuk 2 orang makan.

Daging di simpan di sini. kena pilih sendiri daging mana yang berkenan di hati terasa di tekak. daging2 tu di asingkan mengikut jenis dan dah di potong siap beserta dengan harganya sekali. oh ya, selain makan dekat cafe ni sendiri, boleh jugak kalau sekiranya nak mencuba membuat steak di rumah. beli daging atau sausage di sini, memang tak menghampakan.

Lokasi steak house ni dekat Jalan Kolam Air Lama, Ampang Jaya.

4 comments:

Eri-chan said...

place very cosy. full address please..the salad looks yummeh!

Mimy Hamid said...

kiranya pilih je daging baper gm..pastu jam tu gak la dia masak....hmm nasib ai bukan penggemar daging..tp ras amegat suka konsep ni...

Ann Ishak said...

anis - ala ko searh je mesti jumpa punye address nya. dekat area roti naan sedap tu dekat ampang jaya

Ann Ishak said...

mimy - yup ko pilih je yang mane nak, nanti diorang masakkan...rasa hualaaaaaa