Saturday, June 11, 2011

Door Gift - Masa untuk pemunggahan

Bila dah nampak ini labu sayong, bermakna anda sudah berada di kawasan jajahan labu sayong seMalaysia. maknanya dah sampailah tu ke Kuala Kangsar, namanya pun kawasan labu sayong yang paling fofular dekat sini. kenal jugak dengan tempat ni sebab owner yang menerima tempahan saya tu penah membuat promosi di kerja2 kawin yang setiap tahun ada buat expo dekat Jalan Conlay tu. bagus expo tu untuk bakal2 pengantin baru ni, at least ada idea yang boleh kita ambik dari sana.

Ada 15 kotak yang besar2 semuanya untuk di pampatkan ke dalam kereta yang taklah besar mana. saya pulak boleh terlupa nak check dulu quantity kotak tu, jadinya cuak jugaklah takut tak muat kereta ni. tak kuasa dah weiiiiiiii yang ulang alik KL - Kuala Kangsar setiap hari. takpe kita susun dulu elok masuk bonet, bagi adjust mane2 yang patut. akhirnya alhamdulillah ke semua 15 kotak berjaya masuk dengan selamat. tetiba kereta ini menjadi kederaan dengan muatan yang berat ari tu.

Selepas semua tempahan diterima, buat bayaran langsai habis dan alhamdulillah settle sudah agenda untuk door gift. door gift complete sebulan sebelum majlis berlangsung. sepanjang tempahan pun saya tak mengalami apa2 masalah dengan owner sungguhpun owner ni muda belia lagi. mula2 tu cuak jugak, boleh ke budak ni ambik tempahan aku. tapi bila saya pergi sampai ke rumahnya tengok bengkelnya barulah saya berani buat tempahan dan deposit pun dah keluar. akhirnya semua siap seperti yang dijanjikan.

Tak singgah mana2 dah selepas tu, cuma berhenti luruskan pinggang dulu dekat RnR Tapah.

Perjalanan tak berhenti di KL tapi kami teruskan jugak sampai ke Seremban. haruslah hantar semua barang2 ni ke rumah my sista. tak kuasa nak berangkut banyak kali nanti.

4 comments:

Mimy Hamid said...

ai nya doorgift naik bas ekspress 9 bungkus platik hitam besar..nak hangkut balik umah kena naik van..nasib korang nya muat..

Ann Ishak said...

kene duduk menung dulu, pikir cara2 untuk menyusun dengan betul dan boleh muat untuk semua

QasehnyaRania said...

kole kangsor....kg en assbenn aii..
salam kenal yer sis ..jom singgah blog aii

QasehnyaRania said...

kole kangsor....kg en assbenn aii..
salam kenal yer sis ..jom singgah blog aii