Thursday, June 2, 2011

1st HoneyMoon - Hajat tak sampai

Jom pegi Monica Bay...boleh i mandi dekat sana.
I pun tak penah mandi dekat situ lah...adoiiii jomlah.

Monica Bay ni nama glamor tapi nama sebenar adalah Pantai Teluk Mak Nik lokasi di Geliga, Kemaman dan berhampiran dengan Institut Pentadbiran Awam Malaysia (INTAN). Kalau dah sampai Bandar Chukai tu, memang dah tak jauh sangatlah nak ke pantai tu pun...dan tak jauh untuk ke penginapan kami for our 1st honeymoon. dekat pantai ni jugak merupakan tempat tumpuan penyu bertelur. dulu2 kalau musim penyu bertelur, rajinlah balik sini semata nak tengok penyu telur.

Nampak macam takda apa2 kemudahan pun dekat pantai ni kan. tapi tidak ye, dekat pantai ni ada di sediakan kemudahan2 untuk pengunjung yang datang seperti taman permainan kanak2, gelanggang futsal, pondok2 rehat serta tempat2 duduk juga. tak lupa jugak tandas awam juga disediakan. gelanggang bola tampar pantai dengan lapangan motocross pun ada jugak. pantai ini juga pernah di adakan sukan bola tampar pantai bagi peringkat sukma kalau tak salah tahun 2008.

Tak susah pun nak cari pantai ni. sampai je Geliga, mesti nampak masjid Geliga kan. terus masuk simpan masjid, jalan terus sampai jumpa simpang 3 pulak, terus ambik kanan jugak. jalan depan sikit jumpa pulak simpang pertama sebelah kiri, terus je...tu dah masuk pantai teluk mak nik lah tuh. sign board pun banyak wehhhh tak sesat punya. untuk aktiviti air memang tak sesuai dekat pantai ni ye. ombak dekat sini memang kuat dan memang takde pun orang mandi dekat sini. aku pun tak penah, arwah ayah dulu memang larang kalau ada anak cucu dia yang nak pegi mandi dekat pantai ni, memang bahaya.

Pantai ni jugak famous kepada orang2 yang suka memancing. aku takdelah, baik tido je dekat rumah kan. my family pun takda yang kaki pancing, semuanya kaki memburu je hihihi, and si faizal pulak dah macam nak terjebak sama.

Sian mamat ni tak dapat mandi pantai...tulah degil kata orang.

4 comments:

Anis Azalea said...

weh air tengah pasang laaa

Ann Ishak said...

pantai ni memang tak sesuai untuk mandi noks...bahaya

Mimy Hamid said...

macam takde orang ..ke orang kt tempat lain

Ann Ishak said...

ada cuma waktu ni dah nak senja...orang semua dah balik umah