Wednesday, June 8, 2011

Hantaran perkahwinan

Nasiblah pada lelaki yang terpaksa menyediakan hantaran yang memang sekarang mana ada murahnya lagi untuk pasangan masing2, jadi perempuan yang bertuah mendapat hantaran yang memang kebabommmm tu janganlah sia2kan apa yang korang dapat tu. lelaki tu dah tentu kerja siang malam untuk nak menyediakan semuanya, untunglah kita sebagai perempuankan.

This is my hantaran yang aku terima dari pihak lelaki tahun lepas masa majlis berlangsung. memang cantik sangat bagi pandangan mataku sahaja. sekarang ni segala bijik butir yang ada pada barang2 hantaran ku tu, masih aku simpan elok lagi dalam kotak. tak buanglah, penat Faizal tempah tu semua, pakai duit jugak tu. tak tergamak rasanya nak buang begitu sahaja.

Aku ada terbaca satu artikal tu pasal hantaran2 nilah. ada aku copy paste dekat bawah ni. bacalah, ambik contoh yang baik2 je nanti.

Jangan Sayang Aku Kerna Aku Tinggi

gadis semakin lama semakin mahal

aku pun tak paham kenapa. hari ni ade jemputan kawen untuk family aku. so, tadi aku sajelah aku tanye kakak aku berape hantarannya, dengan nada cool bagai sesuatu yang norma, kakak aku kate, “hantarannye 12ribu”. apekegile!!! oh duniaaaa.. kau menyukarkan lelaki miskin macam aku untuk cepat ade anak.. ohooo~

ianya perlu diubah!! ye, aku perlu ubah mendealah fenomena gadis semakin mahal ni. selagi ianya berterusan, selagi itulah gadis akan semakin mahal, semakin mahal dan semakin mahal. ini tak bulih dibiarkan. perlu ade pencetus, yang akan membuatkan lelaki-lelaki miskin yang nak kawen berkata, “hantaran dorang tu seribu setengah je.. takde masalah pun. kawen jugak. bahagia jugak. so, aku pun kawen nanti nak hantaran seribu sengah jugakla”. heh!

kereta, komputer dan gadis

kereta, semakin hari semakin murah. begitu juga dengan komputer, semakin hari semakin murah. ini menunjukkan teknologi semakin berkembang. bila sesuatu itu semakin berkembang, harga akan berkurang dari semasa ke semasa. gadis pula lain ceritanya. semakin tidak berkembang, semakin mahal! itulah yang berlaku pada gadis pada hari ini. kalau orang dulu-dulu kahwin, hantaran untuk gadis 3,4 ratus. habis kuat seribu dua ribu camtu. sedang dalam diri gadis itu, al-Quran 15juzuk dia hafal. paling koman surah al-mulk jadi amalan. sembahyang tak tinggal. masak, jangan kau cerita. segala negeri punye masakan dia bulih tibai jadik segala. daging salai lomak cili api, laksa penang, baryani gam, cek mek molek, sata, kuah lodeh, segala ceruk mane punye masakan buleh. hantaran 3 ratus, pakej lengkap, bahagia ke akhir hayat lagi.

la ni, hantaran 8ribu, oh tak, 10ribu, err.. sekarang 12ribu ke 20ribu.. tapi masak?? arararara.. kuah kacang pun bukak mesra.net camne cite bai? nak masak asam pedas, rase bubur lambok kot! masak buleh kawtim lagi kot.. kot la. al-Quran.. surah-surah lazim pun terkial2.. jap, check balik fatihah pun ade yang tak molek lagi. itu hantaran beribu riban tu dol! pendek kate, dalam dunia kegadisan, semakin tidak berkembang ilmu di dada, dunia meletakkan harga yang semakin mahal. silap2, belum sempat habis bayar loan kawen, dah cerai. berlaku kan?

aku tau, yang bace akan cakap, kau ingat gadis ni ape, barang! harga gadis semakin mahal pulak!! bukan, aku tak cakap gadis itu barang. gadis itu sesuatu untuk dimiliki untuk sama-sama berkongsi hidup dengan. so, kau yang faham tentang gadis itu bukan barang untuk dijualbeli dan diperdagangkan, mesti kau tidak akan kisah pasal hantaran bukan. tapi masalahnya, manusia hari ini yang meletakkan gadis itu bagai barang! nilai semakin mahal bila semakin tinggi mutunya(kunun dengan ade kelulusan), semakin mahal bila ianya semakin cantik(kunun hot la), semakin mahal bila ianya limited edition(kunun dianya anak tunggal).. nah! kau yang letakkan nilai gadis itu macam barang bukan!

kereta, komputer dan gadis, bila kita pilih untuk memiliki, semuanya ade spec(specifications) masing2 bukan? kau mesti mahu yang terbaik, dengan harga yang terbaik untuk kau jugak. dunia hari ini banyak menyusahkan kita. dengan berleluasanya fahaman kunun ade nilai standard dalam hantaran mengikut zaman. contohnya zaman la ni, rm10ribu tu at least. gile betul! aku yang tak fikir pasal kawen lagi ni pun dah terasa getarnya. kamonlaaa… takkan takde gadis yang faham?? seksa kot nak kumpul rm10ribu.. tu hantaran je tu.. majlis lagi.. beli barang2 hantaran lagi.. koman2 rm30ribu kot nak kena standby. adess.. pastu bulan2 nanti nak bayar duit loan kawen, loan kereta ngan rumah lagi. ohhhhh~ hidup dengan hutang sampai mati. silap2 wasiat pun sampai tulis suruh anak sambung bayarkan hutang. aku bercakap dari sudut seorang lelaki miskin macam aku.. kau yang kaya, duit berlori-lori takpelah.

aku menulis bukan mengatakan aku anti pada hantaran mahal. sekadar aku mahu gadis hari ini faham akan beban lelaki yang tak berduit. cuba letak diri korang kat tempat lelaki yang nak gile kawen ngan korang tapi takde duit sampai kena buat loan untuk hantaran 10ribu tu. huhh! tak pun, camnilah. ape kate korang je yang bagi hantaran kat lelaki? haa.. best gak tu! kat akula especially.. amacam??

kesimpulannya.. aku rase, kawen tak patut dijadikan beban. aku rase belambak artikel pasal mahar/hantaran kat internet ni. aku tak bace pun aku tau die mesti nak suruh gadis2 sedar tak payah mahar mahal2, same macam ape aku tulis. lagipun aku bukan gadis untuk bace artikel camtu. aku tulis pasal ni sebab tibe2 aku rase aku perlu ubah fenomena ni. semangat macam semangat luffy tibe2 menjelma dalam diri aku. ho!

Extract from http://parkins07.wordpress.com

3 comments:

Eri-chan said...

penat aku baca tampalan ni lah...pastu aku pun terus nak komen..ye ar sebenarnya bg kuarga dulu2 duit hantaran tu ialah duit banje kawin - rewang dan makan2la...la ni semua lain2..tu pasal kopak..

Ann Ishak said...

yang penting pandai kawal kewangan, semuanya okay. tu lah aku kata ambik yang baik2 je sebagai contoh. yang penting kehidupan selepas tu nanti, bukannya pulun abis untuk majlis yang hanya tak sampai sehari.

Mimy Hamid said...

yang penting majlis berjalan lancar..kadar hantaran skrang mengikut kos semasa...makan makin lama makin mahal..so pada yang nak kawe..ehem ehem anis...prepare la awal awal duit yer...macam air