Monday, June 27, 2011

Majlis yang di nanti, hati berdebar2

Acara akad nikah berlangsung pada sebelah malam pada 24th Disember 2010, ala2 Christmas eve gitu. dan hari ni jugak genap setahun aku jadi tunangan orang dan akan bergelar isteri orang pulak. kejab je masa berlalu, rasanya baru je majlis ni berlangsung ahaksssss. malam yang mendebarkan wink wink winkkkkkkkk.

Masa ni tok kadi tu tengah baca khutbah, lama sangat...rasanya mau sejam aku duduk teleku tegak gitu. kaki waktu tu dah semut2 kaku weh. badan rasa macam nak bersandar je rasanya... yang baju melayu putih membelakangkan camera tu arwah ayah bersama my bro.

Saya di nikahkan dekat rumah saja selepas solat isyak pada hari jumaat. acara memang totally ikut budaya kampung2 lah, itu permintaan arwah ayah jugak. aku ikut je, kan ni majlis anak bongsu dia jugak.

Tengah berdebar2 ni menunggu rombongan keluarga pengantin lelaki tiba. syukur alhamdulillah rombongan sampai seperti yang di rancang. mujur home stay untuk rombongan pengantin lelaki memang tak jauh dari rumah pun...takda alasan nak lewat pung.

Aku terima nikahnya...ahhhhaaaaa semputttt

Akhirnya aku selamat dinikahkan dengan 2 kali lafas. kalau nak ikutkan lafas yang pertama memang takda masalah tapi tok kadi tu mintak ulang semula. mungkin laju sangat ayatnya tak berapa jelas dek telinganya. si Faizal masa tu aku tengok peluh dah merembeh keluar. yang dekat belakang tu semua ahli keluarga aku dengan Faizal jugak sebab rombongan pengantin lelaki memang ramai malam tu yang tiba. 2 khemah makan untuk mereka2 je.

4 comments:

Mimy Hamid said...

tak dapt tgk uolss nikah...gambar dari official ke tu..

Ann Ishak said...

taklah, gambar biasa2 je

Eri-chan said...

ada gak kenangan kannnn

Ann Ishak said...

yup...memang mendalam