Tuesday, June 21, 2011

Renewal JJ Card

Dah hampir sebulan plan2 nak pegi renew JJ Card tapi tak tersampai. sampai tu memang sampai dekat JJ ni tapi nak renew tu tak tertuju pulak. akhirnya tadi pegi juga renew sebab memang dah set in mind datang JJ untuk renew card di samping shoppinggggg lagi. terasa sayanglah pulak point yang ada dalam previous card ni, takkan nak buang macam tu je. dah renew je terus aku redeem dengan point voucher sekali. lepas ni boleh mula kumpul point baru pulak.

JJ yang memang selalu aku terjah, JJ AU2...dah tu yang paling dekat dengan rumah. sebelum tu aku selalu pergi yang dekat Wangsa Maju atau Maluri je.

Bila pikir2 balik rasanya aku belum pernah lagi terjah J Card Members Day. dari ushakan kawan2 memang pack lah musim2 ni. tu yang jadi ngeri nak datang, dengan parking belum tentu ada, lepas tu dengan ramainya manusia sampai laga2 punggung nak pilih barang. tu belum lagi bab nak membayar, adoiiiiiiiiiii takpalah sanggup aku tak pegi pung. elok2 masuk JJ kepala tak pening, keluar dari JJ terus mabuk pitam pulak.

sempat lepas gian dulu

Hebat cara mak jemah pegang plastic barang, mantap. banyak jugak mak jemah beli barang, maklumlah baru renew JJ Card. nak tau apa mak jemah beli, nanti mak jemah suruh kadam mak tolong update kan dekat korang semua. mak jemah pun nak glamor jugak macam korang kannnnnnn.

peace yooooooooo

6 comments:

Eri-chan said...

siap ada tukang bawak tu yang tak tahan..takdela banyak nau plastik..ke kat tgn mak jemah ada 2-3 lagi.....?

Ann Ishak said...

satu plastik je...mak jemah bagi padat

Mimy Hamid said...

jcard day harus pegi okey...rugi rugi....nanti jcard kita cuti mau tak....boleh pengsan ngan harga giler

azieazah said...

Kak Azie pun tak tahan kalu tiba hari JJ Member’s Day. Bulan ni, 2 hari (selalu dulu buat sehari saja). Ramai betul orang. Beli syok, time nak bayar tu tak larat nak beratur.

Yang best, bila tiba hari camni, parking free. Orang yang keja area situ pun tumpang parking keta dalam bangunan JJ. Free!

Kalu KUDA baca, KUDA pun bantai gelak...!

Ann Ishak said...

mimy - kan...bolehlah kita pakat ambik cuti, memang teringin sangat wehhh nak pegi.

Ann Ishak said...

kak AA - tu masalah yang tak larat nak elak tu, memang tak masuklah gayanya. tapi kalau pegi awal, masa pintu JJ baru bukak tu mungkin syok kan. pasal orang ramai tak serbu lagi. boleh di practice kan cara ni hihihi