Sunday, July 10, 2011

Dapur ku berasap lagi

Hari ni tak kemana, lagi pung Faizal kerja walaupun hari minggu....lagilah malas nak keluar rumah. bila dah duduk rumah sesaja, adalah datang mood memasak makanan makan malam untuk berdua. tengok dalam gobok peti ais, jumpa udang, jumpa sayur...tengok gobok rempah, bahan2 memasak pung cukup, so jadilah hidangan ni.

Udang Sos Tiram

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dengan halia yang dah dicincang, daun kari dengan hirisan cili padi ikut tahap kepedasan sendirian berhad. bila dah meriah baunya masukkan udang dan goreng sehingga masak kemudian masukkan sedikit air.

Selepas tu masukkan telur dan kacau sehingga sebati. akhirnya barulah masukkan sos tiram dengan garam gula secukup rasa. bolehlah hidangkan selepas tu. masakan ni memang pantas, kurang dari 15 mins dah boleh makan pung.

Sup Sayur

Bila dah jumpa sikit sayur kobis bunga, jumpa pulak sikit sawi, carrot adalah sebatang...bongkar punya bongkar jumpa pulak meat ball yang beli dekat Chow Kit ari tuh. so jadilah menu sup sayur, main pakat lempar lebur je dalam periuk. tu pung pantas jugak, sambil masak udang...masak sup sekali, hasilnya 2 menu masak serentak.

2 comments:

Mimy Hamid said...

oh udang sos tiram pakai telur..menarik leh try bulan pose ni

Ann Ishak said...

cepat pembuatannya tu yang penting