Tuesday, July 19, 2011

De Muara Ikan Bakar Alai

Kalau nak makan ikan bakar di Melaka, tempat yang memang menjadi tumpuan kami laki bini mestilah di Alai. dalam orang dok sibuk kata ikan bakar Umbai sedap la, Serkam sedap la, aku pulak cukuplah dekat Alai pun sedap jugak. tak jauh mana pun dari Bandar Hilir, kalau tau short cut lagilah bertambah senang nak pegi. macam2 hidupan laut boleh dapat dekat kedai ni dan yang pasti memang fresh dari laut lagi....uiiiiiiiiiiiiii rasa manis2 lagi gitu. kalau dah ikan bakar dekat Alai tu mana lagi kalau tak De Muara Ikan Bakar. pada aku rasa sedap dan boleh pasti akan datang lagi la...

air asam

Preparation on makanan memang tak lama kecuali bila ramai orang, tu barulah kena tunggu lama sikit. tapi takpe, setiap meja memang disediakan nasi lemak, so kalau dah lapo sangat tu, makanlah nasi lemak dulu. biasanya on the weekend, kedai ni manjangnya penuh sesaja. dah tak kira awal, tengah atau hujung bulan pun. tu menunjukkan ekonomi rakyat kita ni semuanya berwang segala. takde masalah nak menikmati makanan yang sedap2.

pakcik ni sentap sebab aku sakat dia sebelum tu...relaxlah bang, tu pun nak merajuk

Overall makanan dekat sini memang sedaplah. rasanya sama macam 5 tahun lepas aku datang. dah lama sangat rupanya aku tak pekena ikan bakar dekat sini, nasib je masih ingat lagi jalan nak datang Alai ni.

ketam tapi tak ingat masak apa nih

kupang masak pedas

ikan jenahak bakar - sebelah

jenahak sweet sour - sebelah lagi

udang sweet sour

4 comments:

Mimy Hamid said...

baper total ?? ni kat alai dulu kita makan tu ke?? hr tu pi melaka tak jumpa...sesat

Eri-chan said...

blm pernah pergi

Ann Ishak said...

mimy - haah tempat yang kita pegi doluuuuuuuuu tu, nasib ingat lagi jalan

Ann Ishak said...

eri-chan - jomlah, perancangan asyik tak menjadi kenyataan je