Wednesday, July 13, 2011

Dinner @ Restaurant Dong Yi Shun

Kali ke dua percubaan untuk mencari restaurant chinese muslim ni, kali pertama tak berjaya sebab tak tau pulak yang kedai ni dah berpindah ker tutup ker yang dekat Kota Damansara tuh. petang tadi lepas ambik Faizal dekat rumah, terus tuju pulak yang dekat Kelana Jaya. hati gumbira sebab percubaan kali ni berjaya mencapai misinya. restaurant di jumpai dan bermulalah episode jalan2 mengenyangkan perut. ini adalah percubaan kali pertama makan di restaurant ni memandangkan semenjak dua ni, tekak rasa nak makan chinese food je...pendek kata kalau tak dapat tu, rasanya jiwa meronta2 sampai boleh merajuk tak nak makan pulak.

Surau memang bersih

Daripada pelayan ni, barulah tau rupanya restaurant ni dah mula beroparasi since 2006 sehinggalah sekarang dan originality nya dari negara China sana tu. dah ada 10 cawangan di China dan tukang masaknya pun dari China. kalau tengok menu, semua nama makanan in chinese sampai tergeliat lidah nah menyebutnya. masakan/rasa totally different dengan chinese food yang made in Malaysia punya.

Butter Prawn RM22

Steam Siakap RM23

Ge Le Hiil Chicken RM16

Toufu with Broccoli RM11

Crispy Duck RM15

Bila semua menu yang di pilih dah sampai...apa lagi ngap lah. tunggu pun tak lama bagi setiap hidangan di hidang serentak. masakan cina ni ada jugak yang pedasnya tapi tahap pedas diorang lah kot. untuk aku yang suka pedas tapi tak berapa kuat pedas ni, haruslah mintak cili potong juga sambal belacan.. memang banyak lauk yang di order untuk makan cuma 2 orang saja. siap tapau bawak balik, sedap wehhhhhhhh sayang pulak kalau tak abis.

Takde pulak gambo air ye...sebabnya Faizal cuma order green tea dan aku air suam je. terpaksa banyak minum air putih ni atas nasihat doctor. tu pasal Faizal pun minum air yang confirm aku tak nak punye demi nak suruh paksa aku minum banyak air putih...huhuhuhuhu lamanya tempoh berpantang ku, tapi kekadang tertewas jugak akhirnya.

Bagi sesiapa yang teringin nak mencuba makanan dari negara China, bolehlah datang ke restaurant ni; untuk cuba sendiri dan nilai ikut tekak korang ye...chilll

C-G-06, Ground Floor,
Dataran Glomac Jln SS6/5B,
Kelana Jaya Petaling Jaya

6 comments:

Sue said...

sesekali pekena masakan chinese muslim ni memang best jugak!

Eri-chan said...

kenapa kau kena pantang..
harus aku ajak zcat next time..huahua

Ann Ishak said...

sue - memang best, lebih lagi bila dah tahap teringin sangat

Ann Ishak said...

eri-chan - ajak jgn tak ajak hihihi

Mimy Hamid said...

dah try chinese muslim kat tmn melawati? shahrin chan kot nama nya..ok gak leh tahan ramai org..de templer pun ok

Ann Ishak said...

mimy - boleh riki2 nih