Wednesday, July 27, 2011

Ikan Kerapu Steam Tiga Rasa in d'house

Dah berangan malam ni nak makan nasi dekat rumah, mood memasak dah mai ni rasanya. ke dah bosan asyik makan instant noodle je hihihihi. alang2 dah balik awal, sebelum sampai rumah singgah dulu dekat MacValu tengok apa2 yang patut untuk masak malam ni. belek2 dekat bahagian basah...jumpalah ikan kerapu yang tak berapa besar tapi sesuailah untuk makan berdua kan. terus teringat nak masak stim tiga rasalah....ambik, bayar, terus balik rumah.

Lumurkan ikan dengan garam dan perap lebih kurang 10 mins. lepas tu letak ikan atas pinggan yang tahan panas dan kukus sehingga masak. dalam kuali lain, panaskan minyak. tumiskan bahan2 cincang (5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, halia muda & 2 biji cili merah) sehingga naik bau. masukkan pulak bahan2 sos (2 sudu besar cili kisar, 1 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar sos plum, 2 sudu besar gula, 2 sudu besar sos cili, jus limau nipis & 1 sudu kecik kicap manis) dan kacau rata.

Bila dan mendidih, masukkan bahan2 hiris (bunga kantan, 2 helai limau purut & cili padi), air rebusan ikan tadi dan garam. masak sehingga kuah pekat sedikit dan tuangkan keatas ikan yang dah dikukus tadi. siap...

Sementara masak ikan steam, sempat jugak aku masak kari kambing

4 comments:

Mimy Hamid said...

mood memasak sudah mari...meriahhh uolsss

Ann Ishak said...

tau takpe...

Eri-chan said...

sedapnya weh...max value tu JJ jugak kan,jadinya parking free tak utk sejam pertama?

Ann Ishak said...

mane ada free nya kena bayo, singgit pulak tu per entry. jangan pegi weekend, buat sakit hati je coz parking jadi 2 hengget per entry