Sunday, July 24, 2011

Majlis 3 in 1 di rumah

Jumaat lepas sekali lagi semua ahli keluarga berkumpul untuk kenduri tahlil 100 hari untuk arwah ayah dan semua ahli keluarga yang sudah tiada lagi. haruslah semuanya ambik cuti hari tu untuk nak turun padang memasak dan mengemas. biasalah keluarga aku memang akan masak sendiri tak kisahlah kenduri kecik besarnya. banyak jugaklah lauk pauk yang di sediakan, sekali pandang dah rasa macam kenduri kawin pulak. inilah peluang nak berkumpul adik beradik dengan sedara mara pun, seumpama kita buat family gathering jugak. sesaja nak berkumpul tanpa sebab tu memang payah sikit sebab masing2 ada hal sendiri. Al Fatihah untuk roh ayah, mama, datuk dan nenek. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...AMIN

Selain kenduri tahlil, kami juga buat kenduri untuk meyambut bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi. memang setiap tahun pun buat, kira aktiviti tahunanlah ni. kenduri bermula lepas maghrib sampailah lepas isyak. masjid pulak memang depan rumah je, lintas jalan dah sampai. jemputan dikalangan orang2 masjid, jiran2 tetanggadan sedara mara.

Antara juadah yang dimasak sendiri;

Kari kambing (kambing sembelih sendiri jugak)
Ikan keli masak sambal
Telur itik masak lemak cili api dengan daun pucuk ubi
Ayam goreng madu
Sayur kobis goreng
Sambal belacan dengan timun
Pemanis mulut - tembikai dengan agar2
Air teh O

Buah buahan tempatan pun ada jugak...pesta makan durian dengan manggis dekat luar rumah. takde gambo sebabnya aku laki bini busy melayan tetamu yang datang.

2 comments:

Mimy Hamid said...

kenduri mantai ke

Ann Ishak said...

taklah...ni kenduri tahlil dengan nak sambut ramadhan. mantai tu sehari sebelum puasa