Friday, July 29, 2011

Majlis 3 in 1 - Sambutan Hari Lahir pulak

Selepas majlis tahlil dengan menyambut bulan ramadhan ada lagi majlis yang menanti. majlis ni biasanya seperti tahun2 sudah, kami sekeluarga akan pergi bercuti secara beramai2 maknanya adik beradik wajib ada. bila dah adik beradik ada, tentulah arwah ayah pun ada sebabnya ni adalah programnya untuk anak2. tapi tu semua dah jadi kenangan terindah buat kami semua dan tak mampu dah nak ulang lagi. Doa semoga arwah ayah sentiasa mendapat limpahan kasih sayang dariNya. kami semua sentiasa merinduinya. Al Fatihah.

kena ada 2 cake sebab ramai ni

Yang istimewanya keluarga kami, semua adik beradik lahir pada bulan yang sama maksudnya aku ada 6 adik beradik yang kesemuanya lahir pada bulan July. tu pasal masa arwah ayah masih ada, dia mesti bawak kami bercuti secara beramai2 dan acara potong cake serentak ni adalah acara wajib untuk kami sekeluarga. bukannya apa, saja nak bagi cucu2 semua ingat birthday makpak cik diorang ni. dan alhamdulillah memang budak2 ni semua ingat, asal bulan July sampai, mulalah plan macam2.

Selain dari sambutan hari lahir, ada jugak yang nak buat sambutan anniversary pun boleh jugak, sekali jalan je kan.

generasi2 ni yang penting bagi diorang ingat bulan July adalah bulan besar untuk keluarga

ayang & manja

Gembira bila dapat berkumpul dan yang penting dapat meneruskan acara keluarga ni tapi masih terasa seperti ada yang kurangnya. memang terasa sangat bila arwah ayah dah tiada. kalau tidak dia adalah orang yang paling gembira waktu ni sebab dapat sambut birthday anak2 serentak.

nina...dulu atok selalu panggil dia budak itam hihihihi

Sekarang ni tugas suap menyuap cake telah diturunkan kepada anak2 buah pulak. diorang ni tugasnya menyuap cake kepada semua birthday's family. sedih lagi sebab sebelum ni, ini adalah tugas arwah ayah. insyaAllah kami akan teruskan tradisi ini walaupun pengasasnya dah tiada lagi kerana ini adalah kegembiraan arwah semasa hayatnya. padanya dapat bersama semua anak2 dan cucu2nya adalah saat yang paling mengembirakan hatinya.

4 comments:

Mimy Hamid said...

meriah nya bulan julai uolls

Ann Ishak said...

memang meriah...july yang penuh bermakna

Anis Azalea said...

semuanya lahir july ek...meriah...

Ann Ishak said...

alhamdulillah walaupun masih ada yang kurang