Sunday, July 31, 2011

Makan time @ Temerloh Pahang

Temerloh merupakan bandar ikan patin, bila sebut je temerloh secara automatic kita mesti ingat ikan patin je. jadi memandangkan waktu makan pun memang dah lajak ke 4pm, dah tentulah perut ni mintak di isi dan menu utama untuk lunch adalah ikan patin. salah satu tempat yang popular menjual gulai tempoyak ikan patin adalah Gerai Makan Pak Usop tapi sayang masa kami sampai tu gerai ni tutup pulak.

Takpe kita singga satu lagi kedai yang memang tak kurang hebat sambutannya, sama jugak ramainya dengan Gerai Makan Pak Usop tu tadi.

Selain dari ikan patin, ada jugak lauk2 lain seperti ayam, daging, ikan dan pelbagai sayur sayuran. tapi memang cara aku makan macam ni, tak suka banyak sangat lauk pauk dalam pinggan.

Kami ambik patin sangkar dalam sungai pahang murah sikit, nak yang mencecah raturan ringgit pun ada jugak iaitu patin buah. memang ada bezanya uolsss dari segi rasanya yang lagi sedap. lagi satu kalau nak makan ikan patin tu, tanya dulu harganya, jangan main sebat ambik je. buatnya terambik yang ratusan ringgit punye, haru nanti. lepas tu masak pulak taruk tempoyak masak pedas2 dan pekat, dah memang kesukaan ku...perh. ada orang yang tak makan spesis ikan sungai tapi aku bedal je, takde pantang larangnya. kalau masak sendiri lagi puas hati rasanya, tapi aku tak pandailah nak masak ikan patin ni...mesti berbau punye. dengarnya ikan patin yang dekat pasar2 kita di KL ni semuanya ikan patin sangkar kolam. tu pasal ada bau lumpur, tu kata orang...bukan kata aku.

Aku rasakan kalau nak makan ikan patin dekat Temerloh ni, kita kena siapkan duit lebih sikit sebab ikan patin ni memang mahal uolsss. kalau takat RM10 dalam wallet memang tak lepaslah, untuk langkah keselamatan...ambik lauk lain selain ikan patin. tapi tulah dekat sini rata2 kedai makan memang akan ada menjual ikan patin.

Ramai jugak orang datang makan dekat sini walaupun waktu tu dah 4pm lebih sikit. senang je nak cari kedai makan Singgah Sokmo ni, betul2 depan Gerai Makan Pak Usop tu je. lokasi kedai ni betul2 depan sungai dekat station minyak Petronas.

2 comments:

Mimy Hamid said...

mmg pun ikan patin ada gred ..jgn salahkan peniaga..mmg harga dia ikut jenis..mcm kes ikan tongkol mahal kat tganu..tak salah makcik tu..org kl beli tak tau harga ..

Ann Ishak said...

yang penting sedap, bayar lebih sikit takpe kan