Friday, July 1, 2011

Narnia and Uncle Bob Fried Chicken

Tetiba rasa macam nak ulang tayang tengok citer Narnia lah, memang fav sangat ni. tak pernah miss tengok setiap movie yang keluar. untuk Narnia 3 ni ada 3D tapi memang hadaplah sangat aku nak tengokkan...bukan sebab mahal tapi takmo menderita kepala dgn mata nanti. biarlah tengok yang biasa2 je, tenang dan menjiwai lagi. apa2 pun, memang bestlah citer ni, suka tengok watak lucy tuh...comeiiiii

Biasa setiap hari ahad kalau Faizal keja, balik nanti mesti bawak sekali ayam goreng Uncle Bob ni. beli dekat pasar malam TTDI saja. ayam ni di jual boneless, ditaburkan serbuk lada sulah dan serbuk cili. sebab takde tulang, potong kecik2 boleh terus ngup ngapppppp. pada sesiapa yang tak nak pedas, bolehlah mintak perisa biasa aje. setiap satu tu harganya rm5. makan masa panas2 memang terangkat babe. dekat masjid negara pun ada jual jugak masa hari jumaat sebab memang ada gerai2 dekat on d way g masjid tu. kalau teringin sangat masa office hour tu, mulalah cari mangsa lelaki2 perkasa ni tolong belikan sebab dah sah2 diorang sembahyang dekat sana kan.

2 comments:

Mimy Hamid said...

pasar malam kita ada uncle bob jugak....beratur jeeeeee...RM5 henget

Ann Ishak said...

Mimy - sedap kan makan masa panas2