Tuesday, July 5, 2011

Nasi Ayam in d house

Atas permintaan Faizal yang nak makan nasi ayam biniknya, terus ku buat bagi hilang rasa ngidamnya. susah kalau mamat ni dah start ngidam, mau setiap hari diazannya dekat telinga ni bila mau buat nasi ayam....okay bee ai buatkan ye.

Paste untuk nasi - tumbuk (aku cuma hiris sahaja) halia muda & bawang putih, tumis sampai naik bau. tuang semua dalam beras, letak garam sikit & kiub perisa ayam (optional). masak nasi macam biasa.

Ayam - rebus macam buat sup, letak sup bunjut & halia, bawang besar (potong2 besar), bawang putih (tumbuk kasar).

Angkat ayam, marinade dengan kicap manis, oyster sauce dan black pepper sauce...lepas tu bolehlah goreng macam biasa.

Lebihan marinade tadi boleh dijadikan sos kicap, letak atas ayam goreng nanti

Sos cili - blend air panas dengan halia muda (1/2 inci dah le jangan banyak2 takut pahit), cili hidup merah 1-2 biji, cili api ikut kepodehan, bawang putih 1-2 ketul, cili sos, tomato sos (optional), garam dan gula. perahkan asam limau, simpan dalam fridge kalau nak tahan lama.

Gambo hidangan atas pinggan nan ado sebab dah abis baru teringat tak ambik gambo lagi. takkan nak ambik gambo tulang ayam pulak kang...hihihihi ampunnnnn

2 comments:

Mimy Hamid said...

yeay yeya ada resepi boleh tiru..ayam marinate tu memikat hati la look sedap..next potluck buat la

Ann Ishak said...

insyaAllah...masa bbq nanti ek