Wednesday, July 27, 2011

Orang Ke-3



Kenapa ada sesetengah orang (aku mention SESETENGAH ye) suka rampas orang lain punya pasangan, yang lebih parah lagi bila memang tau orang tu dah ada pasangannya. tak kisahlah kekasih, tunang @ suami sekali pun tapi tetap nak jugak kannnnn. ada orang kata biasanya yang dah jadi kepunyaan orang tu akan menjadi perhatian sebab macam ada aura lebih sikit kot.

Pada aku pulak, memang aku tak berkenanlah gaya orang macam ni. apalah yang ko pandang dekat hak orang ni. buang masa je nak rebut2 macam tu, dibuanya memang mamat tu takat nak kawan2 je dengan ko...kan dah buang masa ko je mengendeng2 macam tu. eiiiiiiiiiiiiii benci.

Pesanan untuk orang2 yang suka rampas merampas ni, kalau ianya perempuan...tolonglah jaga maruah diri tu sikit. tingkah laku tu biar elok. ramai lagi lelaki bujang dekat luar sana, jangan yang hak orang tu jugak ko kejarkan. kalau ianya lelaki...kalau dah tau diri tu dah ada kekasih, tunang atau pun anak bini dekat rumah, cuba korang tengok sikit muka2 pasangan korang tu...tak rasa sayang ker atau pun kalau susah sangat cuba tengok muka sendiri, tak rasa beruntung ke yang ko tu dah ada pasangan hidup. tak payahlah nak mengedik layan perempuan lain.

Mungkin kali ni ko berjaya mendapatkan apa yang ko nak tapi pokok tu tinggi ye...kalau jatuh mau sakit, tak pun mau patah riuk jugak. jadi beringat sikit, hari ni ko rampas orang punya...dah namanya pun rampas kan, so nanti ko akan rasa jugak macam mana perasaannya bila ko punya partner pulak kena rampas. hidup ni maha adil yo... pada akulah, dalam masalah ni tak boleh salahkan satu pihak je...yelah kalau tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kot. kalau ko tepuk dinding pun berbunyi kannnn.

Renung2kan dan selamat beramal...

4 comments:

Mimy Hamid said...

orang ketiga menyemak tapi kalau anak jadi orang ke3 takpe..hehe..jangan amik hak oran glain sebelum hak anda diragut..awass

Ann Ishak said...

peringatannnnnnn

Eri-chan said...

mengikut statistik terbaru, malaysia mempunyai lebih ramai lelaki,..jadi pada aku kalau pompuan gedik2 nak jadi ke-2, ke-3..tu..sian kat laki lainla...konfem la kecewa...

Ann Ishak said...

tapi tetap aku tak suka babe