Thursday, July 28, 2011

Perjalanan...adakah sukar?!!



Orang kata "belajar dari pengalaman hidup" tapi adakah kita betul2 belajar dari pengalaman tu sendiri. tak kisah pengalaman apa tapi biasanya tentulah pengalaman yang mampu merubah sesuatu atau merubah cara kita berfikir selepas itu. dan pasti pengalaman manis itu akan di kenang sampai bila2 tapi macam mana pulak dengan pengalaman pahit hempedu. toksahlah dikenang2kan ye tak tapi kita, yang tulah liat sangat nak dilupakan. kiranya terlalu berhati2 takut benda yang sama berulang kembali.

Ada pulak yang lain punya hal tapi tempias kita jugak dapat, tu memang tak adillah kan. ko buat hal, jangan pulak orang lain yang kena bahananya. tapi bila dah jadi macam tu, memang tak boleh nak kabokan apa2 pun. nak terima pun sakit, tak terima lagilah mendidih hati ni. ingat je lah, Allah tu sentiasa menduga umatNya. tak hari ni...esok lusa kena jugak.

Tapi jalan penyelesaian bukan sesuatu yang sap sap soiiii boleh settle okay. macam mana nak lupakan tu kemain payah, inikan pulak nak menyelesaikan masalah. selesaikan masalah lebih susah dari buat masalah lebih2 lagi bila kita yang terkena lempias ni. nak buat tak kisah, hati sakit. nak buat kisah tapi orang buat tak kisah pun hati sakit. macam mana tu...

Masih panjang lagi perjalanan kita...banyak lagi yang susah dari yang senang bakal kita berhadapan. sabar tu memang sesuatu yang amat penting, takda kesabaran mau temper manjang je jiwa ye dak. tapi itulah setiap orang ada batas sabarnya, short term long term tu bergantung pada individu tu sendiri. tapi orang macam aku memang mengaku je...short term. dah angin tahap taufan, aku laserkan aja.

2 comments:

Anis Azalea said...

sabar separuh dari iman wak....

Ann Ishak said...

amin...akan diperbaiki kekurangan tu