Wednesday, August 10, 2011

10th Ramadhan - Berbaju kebangsaan

Orang kerja gomen ni diharuskan memakai baju kebangsaan pada setiap Khamis kan...tu yang aku selalu nampaklah. ada jugak yang berani pakai baju melayu lengkap dengan sampin songkok pulak pada hari Jumaat. hensem orang lelaki ni bila berpakaian macam tu kan. kalau perempuan2 yang pakai baju kebangsaan tu biasa2 jelah aku rasa sebab mungkin kita dah biasa tengok.

Aku pulak amatlah jarang nak memakai baju kebangsaan ni tak kisahlah ari apa pun kecuali kalau ada special occasion je baru pakai. kalau sesekali pakai pun dah kena perli, "ingatkan takde baju kurung langsung, rupanya ada jugak, kan cantik"... kena mood baik, aku senyum je, kena mood gerhana...memetirlah mulut ni. tapi setiap kali bulan Ramadhan datang, penampilan akan berubah rupa. sepanjang bulan tu memang aku akan pakai baju kebangsaan. taklah kata menutip aurat sangat, kalau dah pakai baju kebaya kurung moden yang menampakkan bentuk badan tu apa cer... kalau pakai jubah tu barulah pakaian muslimah tapi aku takde banyak koleksi jubah ni. jadinya pakailah baju kurung sesaja asalkan baju kebangsaan untuk kelihatan sopan sepanjang Ramadhan.

Balik lewat lagi, kali ni berbuka dekat office je. nasib sempat pegi cari makanan untuk berbuka. takpelah dah tanggungjawab, kena selesaikan. ni pun separuh dari ibadat jugak.

2 comments:

Anis Azalea said...

bulan puasa ni memang kena banyak2 buat baikkan. pahala berganda2...

cuma yg tak suka tgk org yang riak dgn amal-ibadahnya....tak kirala solat ke sedekah ke....

"bulan ni i solat terawih full tau"
"i derma RMxxxxxx kat anak yatim tu..cer tengok keluar media...."

chettt

Ann Ishak said...

hahaha susah nak adapt orang macam tu, mesti ada punye.

kalau jawapan aku pulak...

"bulan ni taklah full terawih ai, tapi buat jugak. persoalannya sekarang, adakah amalan kita ni sempurna sepenuhnya"
i pun derma jugak tapi taklah banyak, RM1 je tapi mampulah membuatkan penerima tu menitikkan air mata"

amalan tak dapat di nilai dengan mata kasar, tapi keikhlasan tu yang penting