Thursday, August 11, 2011

11th Ramadhan - Ayam Honey Lemon

Waktu macam ni mesti korang semua dah berbuka puasa kan... mesti dah pergi tarawih atau pun ada jugak yang dah duduk berehat selepas letih seharian berpuasa. aku pun sama je, tengah golek2s menonton tv sambil layan mata. anytime je mata ni boleh lelap tetiba. alhamdulillah sempat masak untuk juadah berbuka tadi. hari ni aku masak ayam honey lemon.

bahan perapan ayam;
ayam
halia
bawang putih
serbuk kunyit
garam

bahan sos;
bawang putih - dicincang
halia - dicincang
bawang besar - hiris bulat
madu
sos tomato
sos cili
sos tiram
kicap masin
sos lada hitam
minyak untuk menumis
perahan jus lemon - aku pakai limau kasturi je

Bersihkan ayam dan toskan airnya. tumbuk semua bahan perap hingga lumat dan lumurkan pada ayam. goreng ayam hingga masak dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali lain dan tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia sehingga naik bau. masukkan semua sos, kicap dan kacau sehingga sebati. masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sebati. tuangkan jus lemon dan garam secukup rasa.

Lawan pulak makan dengan sayur goreng campur campak ni beserta nasi. kenyang perut, alhamdulillah dengan rezeki yang Tuhan beri...Amin

2 comments:

Mimy Hamid said...

nak tiru la resepi unik tu..meanrik hati ku

Ann Ishak said...

cubalah...tak pedas pun, kalau nak pedas tambah cili padi je