Friday, August 26, 2011

26th Ramadhan - Ayam Pedas for berbuka

Hari ni Faizal nak makan nasi masa berbuka, so teringin pulak nak masak ayam pedas. semua pedas2kan menu sepanjang Ramadhan ni, so far perut takdelah pulak meragam gara2 makan pedas. makanan pedas2 ni pembuka selera, baru laju tahap suapan tu nanti.

Bahan2nya sama lebih kurang macam masak ikan bilis cili padi jugak cuma bezanya ada ayam je. ayam di gaul dengan sedikit serbuk kunyit. kemudian bawang kecil, bawang putih dengan cili padi (ikut tahap kepedasan sendiri) di tumbuk lumat. goreng bahan2 tumbuk tadi hingga naik bau, kemudian masukkan ayam. biarkan ayam tu sampai masak dan masukkan bawang besar yang dipotong besar2, sayur kacang panjang di patah dengan lobak potong memanjang. perasakan dengan garam.

Makan dengan nasi putih dan hidangan ni memang pantas je siap...tu yang penting kan.

2 comments:

Eri-chan said...

masak ada org makan seronok kan

Ann Ishak said...

kalau tekak sendiri nak makan pun apa salahnya noks...boleh je buatkan