Friday, August 26, 2011

26th Ramadhan- Ikan Bilis Cili Padi for sahur

Boleh dikatakan stock aku sepanjang bulan Ramadhan ni, kalau takde tu rasa macam tak lalu je nak menelan nasi pepagi hari. apa lagi kalau bukan pembuka selera ni, ikan bilis cili padi.

Nak buat tu memang senang je, tutup mata pun boleh masaklah ngehhhh. bahan utama mestilah ikan bilis, beli yang mahal sikit tu, sedap rasanya, bawang besar di potong tebal dan cili padi tumbuk kasar2. goreng semua bahan2 tadi dan perasa dengan garam. kalau suka boleh letak belacan tapi aku lebih suka letak tempoyak. tapi kali ni aku buat tanpa letak belacan dan tempoyak, haruslah terangkatttttt jugak.

Makan dengan nasi panas, kalau rajin tu buatlah telur dadar. memang menu sahur yang membuka selera makan di pagi hari.

4 comments:

Eri-chan said...

ikan bilis pun sedapss

Ann Ishak said...

ikan bilis bukan sebarang ikan bilis...kaya zat besi hihihihi

Mimy Hamid said...

sedap ni...pehh leleh

Ann Ishak said...

tahan tahan, nanti kena keyboard