Wednesday, August 24, 2011

24th Ramadhan - Lemak labu tanpa cekur manis

Jom masak lemak labu pulak, tapi sayang cekur manis takde pulak jual dekat mini market dekat2 rumah ni. tah takde tah dah abis...tak pasti status sebenarnya.

labu kuning, cili merah, bawang besar, santan kelapa, garam

Masukkan santan, bawang besar, labu dan cili ke dalam periuk. kacau rata dan masak di atas api perlahan sehingga mendidih. kalau ada cekur manis tadi, boleh masukkan selepas labu lembut sedikit. selepas tu perasakan dengan garam dan biarkan mendidih seketika. selepas tu bolehlah angkat dan hidang. masakan ni memang sekejab je cuma waktu nak siang labu tu ada sikit susah sebab kulitnya agak keras di luar tapi isi lembut di dalam.

No comments: