Wednesday, August 3, 2011

3rd Ramadhan - Popia Goreng

Sebanyak boleh dalam bulan Ramadhan ni kita meraih seberapa banyak pahala yang boleh, belum tentu kita akan bertemu lagi Ramadhan selepas ini. dan sepanjang bulan yang mulia ni, masa aku lebih banyak habis di dapur menyediakan juadah untuk berbuka dan bersahur. walaupun tak besar masa pun usaha tu memang dah berniat sama dengan niat puasa sebulan, sebulan ni jugak aku akan memasak walaupun during weekday kecuali atas sebab2 tertentu je baru mintak tolong Faizal sediakan. untuk juadah berbuka hari ni, popia goreng.

Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau. masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak. kemudian masukkan sedikit air, kiub ayam dan serbuk lada sulah.

Bila dah mesra, masukkan sayur campur. gorengkan sehingga air kering.

Ambik sekeping kulit popia, letakkan inti yang dah siap tadi. kemudian bungkus/gulung/lipat. calitkan sedikit air di hujung kulit popia tu sebagai gam supaya taklah terbarai isi perutnya nanti semasa goreng.

Kemudian goreng dalam minyak peenuh sehingga kekuningan

Dah siap, sahur nanti aku just goreng ikan terubuk masin dengan sup sayur saja

2 comments:

Mimy Hamid said...

simple kan akak nya..senang..nak tiru la..dulu pernah buat kena potong segala mala...pastu goreng selalu tercabut kulit...tq resepi

Ann Ishak said...

memang simple tapi sedap...campak2 gulung2 je dah siap. nak ikut resepi kuih ketayap awak tulah. tetiba teringin pulak