Saturday, August 6, 2011

6th Ramadhan - Grand Seri Garuda Emas Restoran Nasi Padang

Malam minggu ni laki ku tak bagi masak, dia ajak bersahur dekat luar...pe lagi memang suka sangatlah aku. pusing2 dekat Jalan TAR tengok kemeriahan, nak singgah jugak tapi parking punyelah seksa nak dapat. dari tawaf banyak kali, jomlah kita cari tempat untuk sahur je, terus tuju Kg Baru. bukannya pegi rumah MIL tapi pegi cari makan dekat sekitar situ je, kalau bagi tau MIL dah tentu2 dia suruh sahur dekat rumah je. tak nak susahkan orang tua, nanti kelang kabut pulaklah dia memasak.

Kalau dah sikit macam ni tentulah aku yang punya. ayam kampung berlado, sayur dengan bergedel.

Ni pulak Faizal punya portion, paru goreng, gulai nangka, sambal hijau dengan bergedel.

Sebab utama makan dekat sini, aku sekarang ni tengah kemaruk nak makan nasi padang. tahlah semenjak dua menjak ni nafsu makan tu bagai membuak2 pulak. nak kata sebelum ni aku bukanlah mengemar fanatik masakan padang ni. aku still detect nafsu membuak ni datang dari BFF aku yang tengah pregnant sekarang ni. bukan apa ni adalah pengalaman ke 2 aku jadi macam ni di sebabkan kawan pregnant. adoiiii mimie, ko membuatkan aku selalu mengidam nak makan macam2 tau.

Makanan bolehlah tahan sedapnya, pedas berdengung sambal hijaunya pun. waktu kami datang ni around 2am and still ada ramai orang lagi. mungkin sebab malam minggu, besokkan cuti lagi.

Restoran nasi padang (Jalan Raja Alang) ni aku pegi yang dekat dengan Chow Kit tu, parking ada je cuma kena pandai carilah. lauk pulak dihidangkan dalam mangkuk kecik2 tu tapi we ols buat self service je. tak kuasalah pepagi sepieeeeeeeee ni nak makan berhidang bagai.

Makanan dekat sini agak mahal jugak sebab harga yang kami kena adalah RM30++. lauk cuma seperti dekat atas tu, air pulak sirap dengan teh o panas je. pada aku memang mahal tapi takpe tak salah nak mencubakan sebab ni kali pertama aku makan di Restoran Garuda nih.

5 comments:

Mimy Hamid said...

heheh cumel je bujal botak..bernazar ke?? mengidam ke...takpe amik aura..mana tau lekat ...amin

Ann Ishak said...

mamat ni memang bernazar...aku memang alami masalah ni walaupun kawan baik dekat office pregnant, aku yang lelebih mengidam macam2. kawan tu pulak yang ikut je ketekak ku, heiiiiii pelik2

Eri-chan said...

makan je noks selagi ada rezeki..selagi sihat. kang sakit tak lalu makan kurus keding pulak

Ann Ishak said...

aku mengecut, yang mengembang orang lain kihkihkih

MEJAR MD TAN said...

Dear blogger and all member, and customer , thanks for coming to grand seri garuda emas, terimakaseh karna dtg ke restaurant kami, kami alu alukan kedatangan and comment 2 baik positve or negative, kami terima ngan terbuka dan kami akan updated semua yang baek, terimakaseh, bila ade sesiapa nak berkongsi pengalaman kat restaurant garuda, bleh hub sy MD TAN OSMAN 6019622222 or email tan3739@gmail.com
thanks...sy alu alu kan pemilik bogger tu dtg ke restaurant kami, terimakaseh