Tuesday, August 16, 2011

Gelaran positif atau negative

Aku ada cousin dan aku selalu kalau bercakap dengan dia, gelaran yang kami selalu gunakan nyahs, maks, noks, ponpons. kalau dah gelaran macam tu, pepahamlah cousin aku ni tergolong dalam category yang manakan...tentulah jambu madu, eiiiiiyouuuuuu no no no bukan jambu batu okay. tapi tu gelaran yang aku selalu panggil, so he/she so suka bila aku suka melayan segala perangai budi pekerti dia tu.

Tapi lain pulak dengan arwah nenek. nenek memang suka mengelarkan cucu2 dia, nasiblah aku takde apa2 gelaran...betul tak tipu punya. yang kena gelar2 ni biasanya anak2 makcik aku yang dah jadi penduduk tetap JB. 3 orang dari cousin aku ni dapat gelaran istimewa oleh nenek.

Anak ke 3 dalam 6 beradik, kami panggil dia kak lang. tapi nenek aku bagi gelaran kodok. nama tu lekat ko sampai sekarang. semua family member sampai orang2 kampung pun panggil dia dengan nama kodok tu. nama asal punyelah sedap, Salbiah boleh pegi ke kodok pulak. sebab kenapa dapat gelaran tu aku tak tau. kak lang aku ni tak pernah malu pun dengan gelaran tu dan sehinggakan dia membahasakan dirinya pun adok...shortform dari kodok jugak.

Anak ke 5 dalam 6 beradik, kami panggil dia amy. amy ni muda dari aku, perangi nauzubillah kalah jantan...kasar sangat. adik beradik diorang ni semuanya perempuan cuma yang akhir tu je lelaki. nenek aku bagi gelaran butet dekat dia. pun masih kekal panggilan tu sampai sekarang. sebab dapat gelaran tu, masa kecik2 dulu amy ni suka sangat panjat pokok buah putat. dari putat terus dapat panggilan butet. cousin aku ni guna panggilan diri amy tapi kalau ada yang panggil butet, dia menyahut jugak.

Anak ke 6 dalam 6 beradik, inilah mamat jambu madu tadi. mungkin factor sekeliling kot dengan memang ada naluri kewanitaan yang agak kuat, cousin aku ni lebih menjurus ke arah kewanitaan. kalahlah kita2 yang perempuan asli ni, dia lagi pandai bab2 menjaga serba serbi dalam diri. tapi yang paling aku teruja suka tengok baju kebaya nyonya memang tiptop gebabommmmm mantap. selalu menang pertandingan ratu2s cantik tu. masa kecik2 dulu nenek aku gelarkan dia buluh. dia ni ada 3 nama rasmi iatu ikut dalam ic Ahmad Fauzi, nama ponpons dia "Diana" dan nama timang2 tinggi dari nenek, buluh...haahhhhhh ko mampu gediks. motip dapat gelaran buluh tu sebab masa kecik2 dulu dia ni kurus melidi, lurus macam buluh, terus lekat panggilan tu sampai sekarang.

Walaupun semua panggilan ni dah diberi oleh arwah nenek tapi kami masih kekalkan panggilan ni dan mereka pun tak perna marah atau benci dengan panggilan ni. hilang gelaran ni, hilanglah jugak kenangan arwah pada kami cucu2nya.

4 comments:

Mimy Hamid said...

gelaran baik takpe jgn bukan bukan..asal sedap di panggil ok je

Ann Ishak said...

penah dengar gelaran yang kureng elok dari orang lain, kesian pun ada jugak jadinya

Eri-chan said...

budak2 laki ada gelaran lagi lucu. aku pun gelak2 je kalau dpt tahu. ini semua pasal dari yg duduk asrama...dah jadi geng siap dapat nama sekali

Ann Ishak said...

betul jugak tu babe...dekat umah panggil lain, dekat sekolah panggil lain, dlm geng2 sendiri pun ada panggilan lain