Mujurlah masa hujan mula mencurah ke bumi, aku dah ada adekat Akleh...kalau lambat 5 mins je tadi mesti dah stuck in the traffic jam. cuma bila dekat Akleh ni kena hati2 dengan penunggang motorlah. diorang ni biasanya sama laju/lebih laju dari kereta. tah bilalah laluan ni nak tutup semua untuk motorkan.
Rasanya inilah hari pertama hujan turun dalam bulan Ramadhan ni setelah agak lama jugak hujan tak turun2. sejuklah sikit malam ni.
Ni pulak yang tak syoknya, terperangkap dalam kereta. bukannya takda payung tapi hujan lebat sangat. mau lenjun jugak nak berjalan sampai ke rumah ni. ni keadaan seawal setengah jam sampai di area rumah.
Ni keadaan selepas setengah jam, hujan makin lebat la pulak. mujur je takde kilat petir sabung menyabung. waktu ni hanya pikir kalau dapat tido ni memang tahap terbaiklah, tapi takkan nak tido dalam kereta ni sampai malam kot.
4 comments:
tunggu hujan reda smpi malam le jwb nya ..hihih
lebat sangat weh...mau lencun nih
nasib boleh parking kat dalam...
parking dekat dalam pun lencun jugak weh...tapi alhamdulillah dekat sikit nak berlari pun
Post a Comment