Thursday, August 18, 2011

Lelaki dan Dapur


gambo ehsan dari Google

Lelaki zaman sekarang ni pun dah setanding wanita bila di rumah. maksudnya lelaki lebih banyak menghabiskan masa di kawasan2 yang biasanya wanita je yang concur. wanita pulak sekarang ni dah seiring dengan lelaki malahan ada yang lebih atas dari lelaki dari segi kerjaya pulak. takpeliklah dekat tempat kerja sekarang ni banyak boss wanita.

Biasalah tempat yang selalu wanita concur mestilah dapur. hampir setiap pelosok dapur tu wanita je yang kemas susun atur segala barang. pendek kata setiap apa yang nak di cari, tanyalah wanita, dia mesti tau dekat manakan. kalaulah kita suruh para lelaki ni untuk buatkan teh o panas, mungkin dia akan bertanya dekat mana kita simpan teh bag, gula dan teko cawan segala. kecualilah kalau lelaki ni jenis yang suka membantu pasangan ketika di dapur, alhamdulillah taklah terbeban tu jatuh dekat bahu wanita je kan.

Aku mempunyai seorang abang yang memang pandai memasak, sebut je nak makan apa...mesti dia gigih di dapur menyediakan juadah permintaan. lelaki ni kalau memasak memang ligat, potong tu siang ni tumis tu goreng ni dah siap. masa yang di ambil pun tak lama tapi pelbagai menu dapat disiapkan. setakat makanan goreng2 tu memang tutup mata je dia buat. tetapi kalau dalam kehidupan harian, isterinya tetap memasak untuk dia dan anak2. walaupun hasil air tangannya memang tak mengecewakan tetapi dia masih suka masakan isterinya jugak. kadang2 tu mereka memang masak bersama2 dekat dapur, kami adik beradik dok terlentang dekat depan...nikmat hidup macam ni.

Aku jugak mempunyai boss yang pandai memasak, ala my hotterbosser tu. setiap bulan mesti akan ada cake yang dia buat. yang jadi demo biasanya wife dengan aku sendiri. my hotterbosser ni memang prolah bab2 cake and cookies. dia punya brownies, cheese cake memang kebabommm. aku pun dah bolehlah buat cake sikit2 untuk makan sendiri laki bini je hasil tunjuk ajar oleh my hotterbosser.

Seorang lagi lelaki yang amat penting dalam hidup aku adalah arwah ayah. dia memang pandai memasak dan pandai dalam urusan bukan takat dapur tapi keseluruhan rumah. aku sudah kehilangan mama sejak dari umur 9 tahun dan sejak itu ayah tak pernah kawin lagi. memang sangat lama dan sekarang aku dah pun 33 tahun. dan sepanjang waktu itu, semua kerja dalam rumah adalah tanggungjawab ayah sendiri. dia memegang 2 title dalam satu masa, seorang ayah dan jugak seorang ibu untuk aku yang ketika tu memang sedang dalam peringkat membesar. di mataku, dia adalah seorang lelaki yang begitu sempurna sekali.

Faizal pun ada kelebihannya sendiri, walaupun dia bukanlah seorang yang pandai memasak tetapi dia sanggup ke dapur untuk membantu. biasanya aku memasak, bab2 mengemas mencuci mengemop ni memang dia yang buat. aku tak pernah suruh tapi syukur alhamdulillah dia ringan tulang untuk membantu. waktu kerja yang tak menentu membuatkan kami amat jarang bertemu di rumah. biasanya waktu dia balik memang dah tengah malam dan sememangnya aku dah tido dulu. bila aku sorang je dekat rumah, jaranglah jugak memasak untuk dinner. Faizal pun tak makan malam kecuali bila dia terasa lapar tu, dia akan masak sendiri apa2 yang ada di dapur. tu yang kadang2 bila bangun pagi nak pegi kerja, dah ada breakfast. alhamdulillah...dia sesungguhnya menyempurnakan hidup ku

3 comments:

Mimy Hamid said...

for me ada 3 lelaki yang boleh di harap ke dapur

1st husband - pakar masak handal sebut je nak makan apa...kagumm

2nd abah - walau tak reti masak tapi rajin ke dapur bab potong bawang, kentang...rebus cili...kagumm

3rd ayah mentua - anak ikut ayah..blk kg kami heaven duduk goyang kaki..semua ayah masak..powerr...kagum lak

Eri-chan said...

aku abg sulung pandai masak..best2 pulak tu...

abang ipar aku suami kakak sulung aku pun pandai masak.

anak buah lelaki ada sorang pandai masak gak...

cucu lelaki? baby lagi...hahaha

Ann Ishak said...

cuba bayangkan semua tu bergabungkan...alangkah nikmatnya dunia makan kita lepas tu ermmmmm