Thursday, August 25, 2011

25th Ramadhan - Berbuka di rumah bersama

Dah beberapa hari asyik berbuka dengan kodok ikan bilis je, kalau up lebih sikit makanlah kuih raya yang memang tak sempat nak tunggu raya dah tinggal setengah balang. minggu lepas Faizal cuti panjang, so masa berbuka lebih banyak di luar sahaja. bila dah masuk keje semula, dia memang balik lewat...memang takdelah aku nak memasak sakan di rumah. setakat makan sorang, yang sehabis simple je aku buat. tapi hari ni Faizal balik macam biasa, maknanya bolehlah berbuka bersama di rumah, plan nak memasak pun datang.

daging salai goreng cili dengan kentang

pucuk paku masak lemak udang

telur asin

Resepi tak dan lah nak bagi, mata mengantuk sangat2 nih. next entrylah ye...itupun kalau ada permintaan.

No comments: