Monday, August 15, 2011

Penangan badminton piala dunia


gambo ehsan dari Google

Tak plan pun nak tengok walaupun dah a few days jugak Faizal bagi hind nak tengok tapi tak boleh sebab dah ada big plan on that day itself. tapi itulah kita ni manusia mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Faizal demam panas semalam yang mana sepatutnya kami ada big plan tu, terus mamat ni dapat MC dua hari sampai hari ni. start dari waktu sahur semalam badan panas sangat, siap aku suruh dia berbuka je kalau dah tak larat sangat tapi dia kata dia bole tahan lagi. so melepeklah dekat rumah seharian. petang tu sms kawan to informed yang kitorang tak dapat datang for iftar bersama anak2 di Rumah Amal Bestari. planning ni dah buat dari sebelum bulan Ramadhan lagi tapi dah takde rezeki nak jumpa anak2 tu nampaknya. mesti mereka tu semua happy coz sebelah siangnya anak2 ni dibawa pegi shopping baju raya, dapat baju raya (kurung & baju melayu), songkok, tudung, kasut, seluar jeans, kemeja untuk lelaki dan blouse untuk perempuan di Mydin USJ dan terima kasih kepada pihak pengurusan Mydin USJ kerana sudi menyumbang untuk anak2 dari rumah amal ini.

Jadinya berbuka dengan Faizal jelah di rumah melayan tekak orang sakit ni nak makan bubur nasi campur ayam sayur + milo panas. dari 7pm tu mamat ni dah mengadap tv tengok pertandingan akhir beregu wanita akhir antara China vs China. tup2 aku dengar dia dok jerit menyorak bagai, eh larat pulak tu. akhirnya sampailah turn Malaysia (Dato' Lee Chong Wei) vs China (Lin Dan). lagi semangat kuat ko, dia bersorak, dah dengan aku sekali pun join sekaki jugak.

Walaupun kemenangan tak memihak kepada Malaysia tapi memang banggalah sebab Dato' dah bermain dengan sehabis boleh walaupun banyak mistake yang sama je dia buat. cuma tak rezeki orang kata kan. dan bila habisnya badminton tu, aku tengok Faizal macam dah kebah demam, boleh duduk berdiri macam biasa walhal sebelum tu rasa nak tumbang katanya. aku tak tau adakah sebab makan bubur nasi panas2 tu ke atau badminton punya pasal yang boleh membuatkan demamnya kebah serta merta.

3 comments:

Mimy Hamid said...

masa tengah bersorang bagai ...ai dah tido uolls...dengar gak gegak gempita umah...macam nak gaduh..hahaha

Eri-chan said...

aku yg tak suka kena hadap jugak sbb buka pose dgn family mak angat..huhu

Ann Ishak said...

games live macam ni uolsss memang meriah kalau tengok reramai...baru boleh dengar sorakan sahut menyahut