Wednesday, August 10, 2011

Penunggu setia

Seronok setiap kali balik keja, ada je penunggu setia yang setia menunggu kepulangan ku. dah tentu bukan laki ku sebabnya aku yang akan sampai lebih awal dari dia. tapi penunggu ni aku suka sangat, sangat manja, dah sangat suka di belai. ada kalanya sampai mau ikut pulang sekali. oh tidak, kesian dengan penghuni di rumah ku nanti. mesti ada perasaan iri hati antara mereka.

Ni yang aku maksudkan, sang kucing comel ni. memang setiap hari aku balik dari kerja mesti dia ada depan rumah ni. ni rumah jiran ku dekat tingkat bawah, kucing dia agaknya. antara port kesukaannya adalah dalam pasu ni. kadang2 tu di bawah ampaian kain, tak pun tunggu dekat tepi anak tangga.

Comelkan, elok je duduk dalam tu. bila nampak aku mesti datang, tak pun buat2 muka comel gini. hati tu membuak2 nak singgah main dengan dia dulu. kucing kampung saja tapi kamulah mahluk paling seksi di mataku.

4 comments:

Mimy Hamid said...

memang pun kucing ni..tuan balik kemain tunggu...comel je

Ann Ishak said...

manja pulak tuh

Eri-chan said...

aku rasa dulu kucing ni kecik jek...

Ann Ishak said...

dah besar sekarang ni...semalam aku perasan dah ada rantai loceng pulak, alahaiiii comel je