Tuesday, August 30, 2011

Suasana malam raya

Sayu hati bila terdengar alunan takbir bergema, tengok sekeliling seperti ada kekurangan, seperti tidak lengkap rasanya sekelian yang ada. mata tu sentiasa berkaca, hati rasa macam nak pecah menanggung perasaan yang terlampau rindu. terbayang2 lagi dimata, selalunya waktu ni kami semuanya gembira bersama berkumpul bertakbir ramai2. tapi kali ni agak lain, semuanya seperti mulut terkunci...gembira tu tak berapa tergambar di mata.

Biasanya selepas selesai orang takbir dari rumah ke rumah, kami mulalah dengan planning shopping pulak. mencari kuih raya setiap malam raya adalah yang paling happening sekali dekat sini. memang ramai sesaklah orang lain pun sama jugak membeli. tapi taklah semuanya pegi, ada yang tinggal dekat rumah menjaga ketupat yang tengah bertenggek atas api di belakang rumah. malam tadi, suasana tu masih seperti biasa tapi masih terasa kekurangan jugak...arwah ayah memang suka mengikut kami mencari kuih raya. masa tu jugak akan bawak dia shopping baju kemeja kasut sampai capal raya pun sekali. tapi kini dah takda lagi...terasa canggong pulak tak membeli apa2.

Aku sampai di rumah ayah seperti biasa selepas berbuka. Faizal kerja sampai 6pm...aku terus je buat juadah berbuka. lepas berbuka, solat barulah bergerak balik NS. alangkah bestnya bila dapat berbuka secara berjemaah dekat rumah ayah, berebut2 makanan dengan anak2 buah + dapat makan sedap2 ikut selera tekak masing2 sebab waktu ni sebut je nak makan apa, pasti permintaan akan ditunaikan. tapi maaf semua, daku terpaksa melepaskan moment tu, ikutkan hati nak je balik dulu tapi...

Juadah untuk pagi raya pun dah dalam proses masak semuanya. biasanya aku dengan abang kena anyam ketupat, takpe memang suka je kerja2 mengayam ni. dapat buat dalam 100 sarung tu pun dah kira banyak. kakak2 pulak sibuk buat rendang...rendang kami memang special punye sebab kami tak guna daging atau ayam tapi kami guna haiwan exotic. hihihi suspend tak...hihihi jangan begitu, biasanya kami masak rendang rusa/kijang/landak kalau ada rezeki dapatlah makan rendang ayam hutan. abang2 pulak punya hobi memburu, memang pakat bawak balik senapang patah memasing. ayam beli kedai biasanya kami buat masak lemak cili padi untuk juadah berbuka. anak2 remaja semuanya kena kerah buat rencah2 untuk kuah kacang dari proses mengoreng kacang sampailah tumbuk, unsur nak membuli kene tumbuk pakai lesung batu...takdenya dapat pakai blender. rebus merebus ketupat tu kerja orang2 anak2 lelaki, dari proses masukkan beras sampailah mengantung ketupat, takde sapa yang nak buat selain mereka2 ni. anak2 kecik apa lagi kerja mereka...memekak terjerit2 satu rumah bergema suara, lepas tu berkejar2 luar dalam rumah. yang besar sikit sibuk main bunga api dengan mercun dekat luar...yang pasti jauh dari rumah dengan kenderaan yang memang dah penuh halaman. yang perakal kena pantau adik2 sebab budak kecik tau main je, bukannya boleh pikir bahaya.

Tapi keadaan ni semua masih lagi tak mampu menghilangkan rasa kehilangan kerinduan...seperti terbayang2 di mata kelibatnya melihat anak2. kami tetap balik ke rumah ayah walaupun ayah dah tak menunggu kami lagi, kami tetap bersama di sini walaupun ayah tiada lagi sebab ayah sentiasa hidup dalam hati kami... tak terjawab rasanya bila anak2 kecik sibuk bertanya "bila atuk nak balik...besok dah raya..."

2 comments:

Mimy Hamid said...

walau ayah takde keeriuhan beraya adik beradik jgn lupa ek

Ann Ishak said...

tambah pulak dengan anak buah yang ramai...meriah uolsss