Monday, August 1, 2011

Temerloh, i'll come again

Sebuah bandar kecil yang popular dengan hasil sungainya, ikan patin. perjalanan dari KL - Temerloh cuma mengambil masa 2 jam sahaja. datang sini memang semestinya harus pekena masakan tempoyak ikan patin yang memang ummmmmphhhhhh. tu adalah deretan kedai makan yang menghidangkan masakan ikan patin berhadapan dengan Sungai Pahang.

Memang aku begitu teruja nak ke Temerloh, walhal kalau nak ikutkan waktu tu aku memang niat nak tinggal lepak dekat umah je. lepas ni kalau balik Terengganu haruslah masuk Temerloh dulu kan, bolehlah tahan jauhnya dari exit highway ke bandar Temerloh tapi demi nak makan ikan patin, ku turutkan jua. bandarnya pulak lebih kurang macam bandar Ipoh je aku rasa, ada bangunan baru dan ada jugak bangunan lama. dengar katanya bandar ni adalah happening di waktu malamnya, tu membuatkan aku lagi teruja untuk bercuti di sini pulak. antara hotel yang ada di sini adalah Seri Malaysia, Green Park Hotel dan Hotel Jelai, ni yang aku nampaklah.

Sapa2 yang datang Temerloh tapi tak makan gulai tempoyak ikan patin adalah merupakan kerugian yang amat besar.