Tuesday, August 2, 2011

Udang Chinese Style in d'house

Selamat menjalani ibadah puasa pada hari ni, hari ke dua dalam bulan yang mulia bulan ramadhan. alhamdulillah setakat hari ni, kami laki bini dapat menyempurnakan ibadah ini dengan takde apa2 cabaran lagi. berbuka semalam di mulakan dengan memakan kurna + air suam, lepas tu barulah makan murtabak dengan bubur lambuk yang Faizal beli di bazaar ramadhan Kg Baru. dia beli untuk maknya jugak. itu je yang kami makan untuk berbuka, aku memang tak masaklah masa berbuka.

Bila dalam bukan ramadhan ni, mata tu mulakan mengantuk cepat je. lepas isyak memang akan tidolah, mungkin sebab paginya bangun awal sangat untuk nak sediakan juadah bersahur kot. okaylah juadah untuk sahur pagi semalam adalah Udang Chinese Syle.

Panaskan minyak, masukkan bawang putih dan halia.
Masukkan udang dan mushroom kemudian kacau seminit 2.
Masukkan sos tiram dan garam secukupnya
Masukkan 3 cawan air dan kacau.
Masukkan tepung jagung dan telur.
Masukkan sedikit cuka makan.
Akhir sekali baru masukkan tauhu jepun yang telah di goreng sebelum itu.

tauhu jepun di potong bulat, kemudian di goreng ala deep fry dulu

dah siap menu bersahur pagi tadi. nak cantik taburkan sedikit daun bawang

6 comments:

Anis Azalea said...

aku sahur minum milo je

Ann Ishak said...

okaylah asalkan bangun sahur, tapi aku tak boleh weh...berbuai badan nanti

Mimy Hamid said...

taufu masak separa la...pastu hancur kan ngan udang ek

Ann Ishak said...

jgn hancurkan tauhu tu...nanti tak feel pulak

NeenaAnuar said...

waduhh!! sedapp nye!!

Ann Ishak said...

neena - alhamdulillah