Saturday, September 17, 2011

30.8.1987 + 30.8.2011 = 24 tahun

Rumah yang paling teristimewa kami kunjungi adalah di sini. pagi2 lagi memang dah ramai orang datang dan pergi. dekat sini memang sentiasa amalkan bersalaman, yang baru sampai dan yang nak balik mesti berhenti untuk bersalaman walaupun ada yang tak kenal pun. lelaki salam lelaki, perempuan salam perempuan, untuk anak2 pulak lagi seronok sebab dapat duit raya lagi. alhamdulillah ramai jugak yang bersedekah dengan memberikan anak2 kecik duit raya oleh pakcik2 dekat sini. memang seboncot duit 50sen anak2 buah dapat pagi raya tu di sini saja.

Inilah dia rumah teristimewa kami yang paling pertama sekali, dah memang setiap tahun inilah dia rumah pertama yang kami kunjungi. Assalammualaikum mama, kami datang. sedekah bacaan Al Fatihah dan doa untuk rohnya. sirami pusara mama dengan air bacaan Yasin tadi, walaupun hanya sekadar 1 jug tapi memang sangat mencukupi untuk disirami oleh anak menantu sampai semua cucu2 sekali.

Selain dari 30.8.2011 adalah tarikh jatuhnya hari raya untuk tahun ini, tarikh ini jugak merupakan tarikh kematian mama. sempena hari raya ini genaplah arwah mama meninggalkan kami selama 24 tahun.

Ya Allah, berkatilah roh ibu dan ayah ku. tempatkanlah mereka di kalangan orang2 yang beriman

6 comments:

azieazah said...

Tentu tak sangka kan, tarikh 1 Syawal jatuh sama tarikh pemergian...

Moga dirahmati mereka di sana...

Eri-chan said...

rumah ni mengingatkan kita kepada kematian

Ann Ishak said...

kak AA - memang tak sangka tapi alhamdulillah dapat beraya bersama

Ann Ishak said...

eri - tu yang tak pernah lupa menziarah

Mimy Hamid said...

alfatihah..24 tahun lama nya kan...semoga roh nya dicucuri rahmat

Ann Ishak said...

haah memang lama ku telah kehilangan kasih sayang ibu