Tuesday, September 13, 2011

Bacaan Yasin di Teratak Ayahanda

Untuk pertama kali dalam hidupku dan keluarga ku jugak, sekembalinya kami semua dari masjid selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri...kami menjalankan upacara bacaan Yasin untuk arwah mama dan arwah ayah di rumah. kami jugak sediakan air yasin untuk di bawa ke pusara mama, tapi untuk ayah...kami kirimkan bacaan2 ayat suci dan Al Fatihah kepada rohnya. sebenarnya dari upacara bacaan Yasin nilah bermulanya linangan air mata yang tak berhenti.

segala perabut dalam rumah dah di susuh keluar supaya adik beradik anak cucu boleh duduk bersama2

Kasih ibu ayah takde gantinya, walaupun mereka dah tiada lagi untuk bersama kami semua tapi insyaAllah kami akan sentiasa kenangkan dan merindui mereka. mungkin kasih mama tak berapa kuat dalam hatiku tapi kasih ayah tak dapat nak di balas dengan wang ringgit pun. terlalu banyak budinya menjaga aku dari kecik lagi di saat aku dah kehilangan mama yang tak pernah berganti tempatnya.

Bacaan Yasin di ketuai oleh my bro yang ke 5 dan bacaan doa diserahkan kepada Faizal. agak gugup jugak dia nak membaca doa tapi dah amanat...kena teruskan jugak.

2 comments:

Mimy Hamid said...

Alhamdulillah...semoga roh arwah dicucuri rahmat..Al fatihah

Ann Ishak said...

Al Fatihah...