Monday, September 12, 2011

Berbuka @ Pak Li Kopitiam

Faizal sangat suka datang minum di sini, hampir setiap minggu memang akan adalah meyumbangkan hasil di sini. so far aku pun suka jugak, sedap and paling penting sekali harga makanan dekat sini agak murah nak compare dengan kopitiam yang lain.

my fav...masam2 manis rasanya

Dekat sini pun sama macam kopitiam yang lain, ada free wifi. mintak je password dekat pekerja kopitiam ni, memang laju berdesup2. ramai je yang melepak dekat sini siap bawak notebook sekali, boleh update blog gamaknya kan.

Alhamdulillah kami berbuka puasa di sini sahaja. dapatlah aku makan asam laksa yang sedap tu dengan ayam lemon untuk Faizal. besok insyaAllah teruskan lagi perjuangan untuk mengejar amalan sunat seterusnya.