Sunday, September 25, 2011

The best cendol in town...Wahab's Cendol

Secara kebetulan je ternampak kedai ni, terus je terjah sebab memang pernah baca review tentang keenakan the best cendol in town katanya. okay meh terjah, bukan senang nak temui saat2 terjumpa macam ni kan.

cucur udang tapi tak berapa nampak udangnya

milo tabur

teh o ice limau

Konsep kedai ni ala2 kopitiam jugak, order form ada disediakan so tick je nak makan apa berpandukan menu yang di sediakan. tapi bila pertama kali masuk kedai ni, saya terasa macam masuk kedai mamak je, taklah terasa sangat macam masuk kopitiam pun. cuma ada satu kejadianlah yang memang saya TAK pernah berkenan sangat, menyapu lantai semasa pelanggan tengah makan. diorang ni tak tau ker setiap kali korang menyapu tu, dah tentulah habuk dari lantai berterbangan, lepas tu for sure jugak habuk2 tu nanti landing dalam makanan pelanggan pulak...adoiiiiiiiiiiiiii. memang nasiblah kan, saya sound terus je pekerja tu...tapi yang sakit hatinya dia buat mula selamba blah macam tu je tanpa say sorry, kekurangan budi bahasa terdapat di situ.

Bolehlah makanan dekat sini, ikut tekak saya. for me the cendol tu memang best nak compare makanan lain yang saya order ni. boleh datang lagi untuk mencuba menu lain seperti mee rebut, rojak, laksa tu semua saya tak cuba lagi.

Saya berdua order ini char kuey tiow special. yang menjadikannya special sebab udangnya yang banyak, tak berapa banyak tulah.

nilah udangnya tak terdapat dalam char kuey tiew special tu

Ni Faizal order cendol pulut. ikutkan tekak saya ni bukanlah gemo sangat cendol taruk pulut tapi bila makan hok ni, memang terangkat weh. tak pernah saya boleh makan cendol pulut sampai habis semangkuk...Faizal bengkek terus order lagi semangkuk cendol pulut.

ni rupa order formnya...see "The Best Cendol In Town" - Since 1986

Venue : No. 43, Jln Rampai Niaga 5
53300 Kuala Lumpur

2 comments:

Kunang-Kunang said...

Bestnya nampak cendor tu. Nak gi minum cendorlah lepas ni.

Ann Ishak said...

panas2 ni kak memang layannnn