Wednesday, September 14, 2011

"biar pape asal bergaya"...eh eh jangan ikut nafsu

Sepanjang bulan Ramadhan yang lepas, adalah beberapa kali (betul tak tipu, 3 kali je) kaki ni menjejak Jalan TAR. itu pun punyalah bertahan nafsu serakah ko...siap set dalam fikiran, Jalan TAR ramai orang sangat2, panas + penat lagi nak berjalan jauh. akhirnya terbocor 3 kali je tapi itu hasil hasutan kawan2 (sebenarnya akak pun mengeletis jugak nak pegi) mintak tolong teman pegi beli tudung. ada jugak nasib baiknya, rata2 jual tudung dekat sana yang adalah jenis ada awning tu. akak memang tak pakai tudung jenis gitu...al selamat jugak duit poket. akhirnya akak beli borong dekat butik my friend yang glamor, cantik, hot's mama tu @ The Curve je (safuralifestyle.com) barulah menepati citarasa sendiri.

Barang2 rumah pun akak tak tukar apa2 untuk raya ni, ala masih elok lagi lagaknya. terasa membazir kalau nak tukar yang baru especially langsir. walaupun baru je tukar awal tahun ni tapi nak tukar tu berfikir banyak kali jugak. akak ni duduk rumah sewa saja uolsss, nak beli pelbagai langsir tu rasa rugi pulak. cukuplak 2 set je yang ada, dapat tukar pakai pusing2 setiap tahun sekali pun jadilah. dah safe jugak duit poket dekat situ.

Tahun ni pun kuih raya akak tak meriah uolsss huhuhu. bukan tak nak membeli langsung tapi beli kuih raya yang memang makan sahaja walaupun kuih tunjuk tapi pastinya tau rasa kesedapannya. setiap tahun experience, beli kuih raya macam2 tapi end up ada lagi sampai raya Aldilfitri yang seterusnya. tu pulak sampai ada bekas yang siap sell lagi...nampak naulah tak makan langsung. dah membuang dekat situ. haruslah tahun ni just beli 5 jenis je, tu pun hampir nak abis sebelum raya lagi. bagus2 asalkan habis di makan ye tak, bukannya habis di buang. bagus menjana untuk perut sendiri ni.

Cuma baju raya jelah yang akak ni nak menang jugak kan...kata raya sebulan tapi taklah baju raya akak ni sampai cukup sebulan pulak. tapi adalah 5-6 pasang jugak wink wink. baju raya akak bukan glamor dek non, boleh je putar pakai berulang selepas ni buat pegi kerja ke kenduri kawin ke. tak membazirlah akak rasa macam tu. baju melayu laki akak pun meriah uolsss tapi takpe dia jahit sendiri, dah jimat dekat situ. alasan dia nak baju melayu banyak2 sebab senang nanti kalau nak pegi kenduri kendara, majlis nikah kawin yang banyak sangat protocol nya sekarang ni. hope jangan raya ni je boleh pakai, bila raya haji tak muat pulak ye Faizal.

Cukuplah yang simple2 je untuk raya tahun ni. ala kadar kata orang, jangan copycat orang pulakye. kalau copycat yang ada kadar takpe jugak, ni dibuatnya copycat yang debommmm kot pitam nanti. ukur baju di badan sendiri...sendiri mau ingatlah. jangan jadi "biar pape asal bergaya" ye...

4 comments:

Mimy Hamid said...

amboi sang suami anda kemain berbaju melayu byk....kelass...laki mak sehelai je pink color..heheh

azieazah said...

Semua cerita ANN dalam entri ini, saya setuju sangat!

Baju raya lebih takpa, kita ulang pakai utk pakai pi kerja. Memang berbaloi pun. Saya pun buat camtuh.

Jahit baju Melayu sendiri? Hebat!

Ann Ishak said...

Mimy - memang buat lebih dari sepasang tapi tak lebih dari 3 helai pun hihihih sebab dikuatiri boleh pakai beberapa bulan je...adoiiii

Ann Ishak said...

Kak AA - yelah kan kak, kita ni orang perempuan nak jugak lawa selalu kan. apa salahnya untuk diri sendiri.

jahit baju melayu sendiri tu memang kelebihan si laki, alhamdulillah...

kak, saya nak order tart nenas akak ye, tapi nanti saya PM akak. sekarang ni tengah ada lagi baki tart nenas raya.