Sunday, September 25, 2011

Budaya membaca

Berapa banyak buku yang korang boleh baca dalam masa sebulan, adalah sebuah buku sahaja, mungkin dalam mencapai 3 buku atau memang tak membaca langsung. mungkin jugak korang lebih banyak membaca Facebook /Twitter walaupun itu cuma update semasa sahaja. untuk kita yang dewasa ni memang takkan ada apa2 kesan tapi bagaimana dengan perkembangan anak2 pulak.

Ada satu artikel dalam Reuter berkenaan satu kajian yang dilakukan oleh "National Leteracy Trust" yang mendapati 1 dari 6 pelajar gagal untuk membaca sebuah buku dalam sebulan. Kajian ini dijalankan dengan soal selidik 18,141 pelajar yang berumur 8 hingga 17 tahun dan hasilnya jelas memperlihatkan anak-anak muda kurang dari separuh kanak-kanak ini gagal membaca sebuah buku dalam sebulan. Sebaliknya kanak-kanak ini terdedah dengan menulis ayat yang kebanyakkan melalui sms, e-mail dan laman sosial networking seperti Facebook dan Twitter. Trend sebegini akan memberi impak apabila memasuki alam dewasa. Bayangkan seorang dewasa yang kurang membaca tidak memahami konsonan kata, yang sepatutnya difahami semasa mereka berumur 11 tahun!!! Ini kerana mereka tidak membaca...

Amalan membaca ni haruslah diterapkan semasa anak2 kita masih kecil lagi dengan membacakan story books untuk mereka, membelikan majalah kanak2 untuk mereka semasa mereka dah mula boleh membaca dan seterusnya terapkan dengan amalan membaca buku2 ilmuan pulak. tapi kita sebagai ibu bapa pun perlulah membaca sama, nak di paksa anak membaca tapi kita sendiri pun ala2 je, susah jugak kan.

So terapkanlah budaya suka membaca ni dalam diri setiap insan seisi rumah seeloknya. tak rugi pun kan malahan lagi banyak ilmu atau idea yang boleh kita perolehi dari membaca. BW pun membaca jugak kan...asalkan janganlah banyak sangat shortform, ahkak ni tak paham dek...

No comments: