Tuesday, September 27, 2011

Cemburu

Biasa dengar istilah "cemburu tandanya sayang" tak?!!! mestilah penah kan, budak baru masuk tingkatan 1 pun tau perumpamaan tu (eh betul ke tu perumpamaan). tak kan nak kena ada cemburu ke baru kita tau yang pasangan kita tu sayang tak dengan kita, adalah agak confius di situ. kalaulah dapat pasangan yang takde perasaan macam tu, mau pening jugak nak tengok dia cemburu kan. ataupun kalau dapat pasangan yang cemburu tak menantu, apa kes...?!!! takkan setiap hari nak berperang gara2 cemburu je. memanglah tak dinafikan setiap hubungan antara 2 insan ni pasti akan ada perasaan cemburu tapi kenalah yakin dengan pasangan sendiri ye dak. hanya pasangan tu sendiri yang lebih mengetahui hati budi pasangannya.

Perasaan cemburu ni pada akulah (di ulang sekali lagi - pada akulah, takde kena mengena dengan orang lain) adalah perlu ada dalam keadaan tertentu sahaja. bila mana keadaan yang kita memang rasa, pasangan kita patut cemburu. tapi kena berhati2 jugak sebab tak semua situasi cemburu tu berakhir dengan perasaan sayang cinta ye. ada jugak yang mendatangkan masalah lain pulak pada perhubungan kalau tak di kawal dengan baik...dekat situasi ni mungkin terpaksa rela menggunakan perkataan mengalah. tapi takkan selamanya hubungan tu asyik nak mengalah oleh sebelah pihak je...T____T. ingat, orang kata "cemburu itu buta"...janganlah sampai kita jugak turut ikut buta, nanti merana.

Orang kata lagi, perempuan ni paling kuat cemburu...eh betul ker. takkan lelaki langsung tak cemburu kan...so pada aku perasaan cemburu ni memang wujud pada setiap manusia, cuma cara mereka menunjukkan/mengawal perasaan tu je yang berbeza. kalau boleh jangan biarkan perasaan cemburu mengawal segala tindakan or keputusan kita untuk menentukan mana yang baik buruknya nanti sampai melakukan perbuatan yang diluar dugaan pulak. tak mustahil zaman sekarang, disebabkan perasaan cemburu, orang sanggup bunuh membunuh weh...nauzubillah, jauhkan hambaMu ini daripada hasutan syaitan.

Thing positif, setiap perhubungan tu pasti ada baik buruknya. setiap pasangan tu pasti akan ada pasangannya sendiri...cemburu ni akan membuatkan kita mungkin menyesal dengan tindakan kita nanti. kalau orang itu adalah jodoh kita...lari kemana sekalipun orang itu tetap jodoh kita, begitu jugak sebaliknya. yakin dalam hati dan berdoalah selalu...

6 comments:

Idah said...

tak tahu nak cakap apa...semuanya boleh dipakai...good sharing....

Mimy Hamid said...

cemburu perlu ada ..barula syg tapi jangan la melampau lampau....sipi sipi sudah lah auwwwwwwwww

Sofya said...

ada ka org yang sayang tanpa secebis cemburu..

Ann Ishak said...

idah - pendapat memasing kan...tak salah nak kongsi

Ann Ishak said...

mimy - kalau terlampau, nanti dapat penampau hahahah

Ann Ishak said...

sofya - mungkin ada mungkin tidak, soalnya hati dah perasaan susah nak diperjelaskan