Friday, September 16, 2011

Harry Potter and The Deathly Hallows Part 2

Jangan pulak korang pegi cari dekat wayang citer ni, dah takde...aku je yang lambat update entry. sungguh pun tak mengikuti sangat sequel nya tapi perasaan nak tengok apa kesudahan yang terjadi dekat budak si harry ni membuatkan keterujaan meninggi untuk menonton jugak. tidaklah dalam format 3D sebab tak sukalah dengan speck 3D tuh, mesti keluar panggung kepala pun berdenyut. baiklah tengok yang biasa2 je.



Tarikh Tayangan: 14 Julai 2011
Genre: Fantasi/Pengembaraan
Durasi: 2 jam 10 minit
Pengarah: David Yates
Pelakon: Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson, Ralph Fiennes, Bill Nighy, John Hurt, Rhys Ifans, Helena Bonham Carter, Robbie Coltrane, Imelda Staunton, Jason Isaacs, Miranda Richardson, Warwick Davis, Alan Rickman, Maggie Smith, Brendan Gleeson, Ciaran Hinds, Timothy Spall, David Thewlis

SINOPSIS HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS - PART 2

Sambungan kisah terdahulu ini mengisahkan pencarian tiga sekawan, Harry, Ron dan Hermoine yang mahu mencari dan memusnahkan Horcrux iaitu rahsia kuasa dan keabadian Voldemort. Pada masa yang sama, Voldemort yang sekian lama ingin memusnahkan Sekolah Magis Hogwarts berjaya memiliki Tongkat Elder yang mampu menjadikannya berkuasa dan hebat.



Waktu tengok movie ni keadaan adalah terkawal sebab pegi tengok dah sampai ujung2 siaran di pawagam pun. bukan apa, sebelum tu ada jugak pegi usha tapi ticket sold out, terus je layan citer lain pulak. anyway, bestlah ending citer ni tapi still kena tengok semula dari awal episode sampai final. banyak watak dalam movie ni tak dikenal pasti asal usulnya. alhamdulillah dah dapat full set semua movie harry potter nih, inilah dia kuasa download bersamaan dengan kelajuan kuasa internet.

2 comments:

Mimy Hamid said...

tak pernah layan HP ni..paling giler si dira..dia download sudah

Ann Ishak said...

budak remaja, mesti suka dia kan...