Sunday, September 11, 2011

Hidangan wajib hari raya

Bab yang paling mencabar tahap kesabaran gelora perut, apa lagi kalau tak hidangan wajib hari raya. tak lengkap rasanya kalau tanpa hidangan wajib ni, walaupun sikit tapi mesti ada jugak. makanan wajib di hari raya untuk my big family;

1. Ketupat - tak main yang instant punya, ni anyam sendiri
2. Kuah kacang - dah ada ketupat mesti ada kuah kacang sebab aku kureng sikit kalau makan ketupat dengan rendang saja
3. Rendang - untuk my big family, kami buat rendang exotic (tahun dapat buat rendang kijang dengan landak pulak)

List ni memang wajib ada di hari raya. lemang memang tak penah buatlah sebab kami adik beradik bukan peminat tegar lemang. makan pun apabila ada je, tapi kalau teringin sangat bolehlah beli sebatang 2.

Selain dari list2 dekat atas tu, menu utama di pagi hari raya adalah nasi dagang jugak. walaupun beraya di nogori sembilan tapi masakan tganu kita tetap tak dilupakan. wajib ada ni, makan dengan ikan tongkol dan acar timun. raya kali ni jugak, my big family buat perut lembu masak lemak cili padi...perhhhhhh memang nikmat dunia tak terkira, alhamdulillah dengan rezeki Allah beri

4 comments:

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Ann,

Akak dah dua ahad berturut2 buat nasi dagang. Licin.

Mimy Hamid said...

menangis baca menu wajib utama pagi raya...huwaa thn ni tak dapekkk rasa..blk kl br la dpt

Ann Ishak said...

Kunang-Kunang - adoiiii mesti sedap, terbau2 je nasi dagang sampai ke sini. dekat kl ni tak tau nak cari tempat jual nasi dagang yang sedap.

Ann Ishak said...

Mimy - tak payah tunggu raya pun boleh makan kan menu2 hari raya, bolehlah request mak buatkan.