Wednesday, September 21, 2011

Kuali Ikea vs TupperChef Tupperware

Nak citer pasal kuali la...tingat kuali dekat rumah arwah ayah tu, punyalah lama sebab kuali tu lebih tua dari aku tau tapi sampai sekarang masih elok lagi takda pulak berkarat bocor. bukannya ada brand mahal pun cuma brand cap ayam je tapi quality memang terjamin hebat. sekarang ni susah nak cari kan kuali macam tu, teringin jugak nak ada satu dekat rumah, nak pegi cari dekat kedai hardware cinalah...manalah tau ada pulak.

Kuali ni aku beli dekat Ikea okay, di ulang sekali lagi IKEA. ko tengoklah apa dah jadi, warnanya tertanggal lepas tu berkarat lagi. taulah harga masa aku beli ni memang tak mahal mana, cuma RM20 hengget je tapi quality memang teruklah. taklah regret sangat sebab harga tak mahal tapi ralat jugak sebab tak puas pakai pun. rasanya tak sampai setahun pun lagi aku pakai dah jadi gini pulak keadaannya. sekarang ni aku buat tempat simpan buah2 je tapi aku lapiklah surat khabar dekat atasnya. nak buang sayang, kata nak cukupkan setahun usianya di rumah ni kan.

Sebab benggang sangat dengan kuali Ikea yang berkarat tu, aku terus bertukar kepada kuali TupperChef dari Tupperware. memang puas hati sangat walaupun harganya memang mahal RM459 tapi masa aku beli tengah ada harga promo RM390.20 je, berbaloi untuk pakai sampai anak cucu nanti insyaAllah. kuali ni pun boleh menjadi oven jugak, bolehlah nak masak pizza atau kek dalam kuali ni je. cirinya seperti;

1. Pemanasan yg sekata dan berterusan- Mengelakkan makanan hangus ditempat2 tertentu sahaja.
2. Makanan cepat dimasak dgn pemanasan yg sederhana. Cth. Jika memasak rendang menggunakan kuali biasa akan mengambil masa sehingga 1 jam. Tetapi dgn TupperChef Wok anda jimat 30 minit. Menjimatkan gas anda!
3. Stainless Steel Body -Direkabentuk khas untuk 'contemporary cooking'.
4. Penutup dan tombol yg unik direka dgn ciri2 stim.
5. Pemegang dan tombol yg tahan panas.

Akhirnya dapat jugak aku beli kuali ni yang memang dah lama aku idamkan...hahaha kelas kan, orang idamkan rumah besar, kereta besar tapi aku cuma idamkan kuali besar je.

4 comments:

So Shy Lady said...

salam ann

blum pnh lg bli kuali rega ratusan rm hehehe

Mimy Hamid said...

kuali IKEA mmg worst jangan lah beli...ai beli kat pasar payang je ..kuali cap buaya...peh tahan panas karat tu..berbaloi...mahal nya simpan tefal nya je...syg guna

Ann Ishak said...

SS Lady - beli ratusan tu pun sebab dah geram punya pasal, tapi alangkah bestnya kan bila dapat barang harga murah tapi tahan lama

Ann Ishak said...

mimy - gunalah...takkan nak buat tugu kot