Friday, September 9, 2011

Kurma pun ada tipu jugak ek...dunia dunia!!!!

Maniskah kurma itu...?!!! (mood maharaja lawak pulak tetiba!!!)

Beberapa hari selepas kita memulakan ibadat puasa bulan lepas, ada aku terbaca dalam akhbar mengenai kurma. kurma ni kan sinonim masa bulan Ramadhan, jadi adalah yang cerdik tak berapa nak pandai ni ambik jalan mudah untuk untung aku rasa. caranya mereka ni (peniaga) membeli secara pukal kurma yang berkualiti rendah dan di proses semula untuk dijual kepada pengguna dengan kualiti yang agak berkualiti (paham tak, buat paham jelah). kurma yang low quality tadi di rendam ke dalam air gula merah dalam jangkamasa yang agak lamalah kot untuk mendapatkan qualiti yang sama dengan kurma sederhana. so than nanti diorang bolehlah jual dengan harga yang agak mahal (kira dalam gred kualiti baik) kerana bila di campur dengan yang berqualiti, memang keadaan fizikal kurma tu sama saja. dah tentulah pembeli tak dapat nak bezakan kualiti sebenar sebab kita bukanlah makan kurma setiap hari...(akulah tu). tapi pada aku, peniaga ni memang tak jujur dengan pembeli, kalau nak untung pun agak2 la...janganlah sampai nak menipu pembeli pulak. tah la...dunia dunia!!!

Khasiat kurma tu sendiri memang dah terserlah hebatnya sehinggakan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: "Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan".

Sebab itulah jugak mulai dari bulan Ramadhan yang lepas, aku paksa rela jugak tekak ni untuk memakan walaupun seulas kurma sehari untuk membekalkan diri dengan khasiat2nya dan yang pasti kaya dengan serat...insyaAllah. tapi kalau dapat minum jus kurma pun sedap jugak ek (nak jugak yang senang sedap kan tekak ni)...mana mau dapat tuh?!!!

2 comments:

Mimy Hamid said...

kurma juga elok untuk kesuburan wanita tau..walu bkn bulan puasa amalkan yer

Ann Ishak said...

insyaAllah