Thursday, September 29, 2011

Oats baik untuk kesihatan jantung

Banyak betul kebaikan oats ni kan...takkanlah korang tak tau kan. sekarang ni oat pulak di transform kepada pelbagai cara, boleh dicampur dalam masakan, cookies dan macam2 lagi. aku kalau oats ni memang suka masak bubur, siap campur ayam ke udang ke atau cendawan...sedappp. tapi kali ni aku nak gunakan oats dalam masakan rendang ayam pulak, takmo dah pakai kerisik ni...dalam masa yang sama dapat membantu Faizal untuk mengawal tahap diabetic nya tuh.

antara barang yang sempat sambar je petang tadi, tak dan nak memilih lagi...azan magrib dah memanggil

ayam

daun kunyit

santan rendah lemak - aku tengah membantu dalam mengawal berat badan suami

pes rendang

quaker oats

goreng oats hingga garing

dalam kuali lain pulak, masukkan pes rendang dan isi ayam

masukkan santan dan didihkan, kacau perlahan

selepas itu barulah masukkan oats goreng tadi dan masak sehingga kuah menjadi pekat atau kering

aku suka kering, so jadilah rendang ayam oats yang baik untuk kesihatan jantung kita hihihih...macam promo iklan pulak

siap dengan sup sayur okay...babaiiiii

4 comments:

azieazah said...

Wahhh.. Kak Azie pun tak pernah tahu oat bleh buat macam kerisik. Selama ni dok makan oat bancuh dengan susu jer...

Sedapnya rendang tu.

Ann Ishak said...

saya ni pulak tak berapa sangat kalau oat bancuh dengan susu, tekak pun sama kembang dengan oat tu jugak

Mimy Hamid said...

owh boleh yerkk...apa rasa sedap kahhhhhh

Ann Ishak said...

sedaplah...sama mcm rendang biasa